Cara Jimat Guna Pewangi Rumah! Patutlah Selama Ini Cepat Habis! – Manis Madu
Cara Jimat Guna Pewangi Rumah! Patutlah Selama Ini Cepat Habis

Cara Jimat Guna Pewangi Rumah! Patutlah Selama Ini Cepat Habis!

Perasan tak kalau kita beli pewangi rumah jenis gel (scented gel), baru jerr guna eh tup tup dah habis! Jangan tak tahu, mungkin Maduners dah tersilap cara menggunakannya.

 

Melalui satu perkongsian di laman TikTok, seorang wanita mendedahkan cara menggunakan pewangi sejenis gel ini supaya tahan lebih lama.

@sha_8891 Reply to @mimiey4299 aku tak mau lalai sorang2. Hampa try buat tgok nohh #fyp #tiktokhacks #glade #berrystoberrykl ♬ Ringgit Berjuta – Spoon

“Okay bab ni sapa masih lagi lalai? Cara buka pewangi ni. Sebab selalunya kita buka, tutup, buka, tutup kan? 

 

Cara dia salah kalau buka macam tu, tak sampai sebulan dah habis,” ujar wanita itu dalam video berkenaan.

 

Kemudian, wanita itu menunjukkan tutorial bagaimana membuka pewangi itu dengan cara yang betul dan lebih menjimatkan penggunaan.

 

“Cara buka dia begini, ambil pisau atau apa-apa benda tajam dan cungkil pada lubang di bahagian atas penutup. Haa, macam ni lebih tahan lama daripada buka macam biasa,” tambahnya lagi.

 

Lepas ini boleh cuba cara yang kakak ini ajar untuk lebih jimatkan penggunaan pewangi  di rumah!

Post a Comment