Cara Mudah Daftar & Aktifkan RFID Atas Talian, Pasang Sendiri Jerr!
Nampaknya selepas ini, sistem tol negara kita akan menggunakan RFID sepenuhnya. Kementerian Kerja Raya Malaysia (KKRM) dalam satu kenyataan media memaklumkan kaedah pembayaran di Plaza Tol menggunakan kad Touch ‘n Go dan SmartTAG akan dihentikan secara berperingkat.
Pelekat RFID juga dikenali sebagai tag RFID, dibenamkan dengan cip frekuensi radio dan dilekatkan pada cermin depan atau lampu depan kenderaan.
Apabila kenderaan melepasi tol, pengimbas di bahagian atas (overhead) membaca frekuensi radio daripada pelekat RFID. Bayaran tol akan ditolak dari Touch ‘n Go eWallet, di mana e-wallet adalah pautan ke pelekat RFID.
Kalau Maduners masih belum pasang RFID, artikel ini untuk korang!
Sebelum memasang, Maduners perlu dapatkan tag RFID terlebih dahulu yang dijual di laman rasmi Touch ‘n Go berharga RRM35. Pembelian boleh dibuat di pautan berikut:
https://rfid.touchngo.com.my/buy-rfid-tag
Maduners juga boleh buat pembelian tag RFID melalui Touch ‘n Go e-Wallet. Mudah saja!
- Buka e-Wallet korang dan klik pada bahagian tol.
- Kemudian, klik pada bahagian RFID.
- Klik order RFID tag.
- Buat pembayaran dan tunggu RFID tag dihantar kepada korang.
CARA DAFTAR DAN AKTIFKAN TAG RFID
Bila dah dapatkan tag RFID, barulah boleh daftar dan aktifkan RFID korang! Hanya dengan 6 langkah mudah sahaja Maduners dapat aktifkan tag RFID yang telah diterima:
- Klik pada ikon RFID pada aplikasi Touch ‘n Go pada aplikasi Touch ‘n Go e-Wallet.
- Klik pada butang Activate.
- Isikan dan semak butiran akaun.
- Daftarkan kenderaan korang.
- Masukkan nombor tag 24-digit atau scan barcode pada pakej pembelian.
- Buat pengesahan dan verifikasi.
CARA PASANG TAG RFID SENDIRI
Cara pasang tag RFID ini pun mudah sahaja! Maduners ikut langkah-langkah pemasangannya di bawah:
- Bersihkan permukaan yang ingin dipasang sama ada di cermin hadapan atau lampu sisi.
- Buka pelekat dan tampalkan.
- Pergi ke laman web TNG atau TNG e-Wallet.
- Daftar nombor siri RFID dan masukkan maklumat kenderaan.
- Tag korang akan diaktifkan dalam tempoh 24 jam. Done!
Maduners boleh rujuk video di bawah untuk tengok cara-cara dengan lebih jelas.
CARA TOPUP TAG RFID
Beli tag RFID, daftar dan pasang korang dah tahu tapi macam mana pula nak topup tag RFID ini ya?
Worry not! Maduners boleh topup dengan menggunakan e-Wallet TNG sahaja seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah:
Mudah kan nak buat benda ini sendiri? Tapi kalau Maduners kurang jelas, boleh rujuk pada pautan yang Madu sertakan tadi ya. Selamat mencuba!