Catat 5 Kes Jangkitan Varian Delta, New Zealand Umum Perintah Berkurung – Manis Madu
Catat 5 Kes Jangkitan Varian Delta, New Zealand Umum Perintah Berkurung

Catat 5 Kes Jangkitan Varian Delta, New Zealand Umum Perintah Berkurung

New Zealand terpaksa melaksanakan perintah sekatan selepas kes Covid-19 yang dikesan di negara itu disahkan berpunca daripada penularan varian Delta.

 

Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Ardern, berkata penularan virus itu mewajarkan keputusannya untuk melaksanakan perintah sekatan selama tiga hari bermula semalam, lapor CNN.

 

“Ini menunjukkan, perintah penutupan pada tahap 4 (penutupan ketat) adalah langkah yang tepat,” kata Ardern.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jacinda Ardern (@jacindaardern)

Susulan penularan varian Delta, empat lagi jangkitan baharu direkodkan di negara itu.

 

Negara itu hanya mencatatkan 26 kematian akibat pandemik itu daripada lima juta populasi di negara ia menular tahun lalu.

 

Susulan penularan varian Delta, negara itu mengenakan langkah sekatan selama tiga hari bermula semalam, dengan Auckland dan kawasan Coromandel dikenakan sekatan selama seminggu.

 

Kes pertama membabitkan seorang lelaki berusia 58 tahun dari Auckland, sekali gus menamatkan tempoh enam bulan tanpa penularan dalam komuniti di New Zealand.

 

Ardern berkata, salah satu kes baharu membabitkan seorang jururawat di Hospital Auckland, yang kini ditutup manakala semua kakitangan dan pesakit diuji.

 

Beliau berkata, strategi negara adalah untuk menghapuskan virus berkenaan dan bukan hanya membendung penularannya. Maka, strategi berkenaan dilihat berkesan sepanjang krisis dan yakin mampu melawan varian Delta yang sangat mudah menular.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by New Zealand Labour Party (@nzlabour)

“Ya, Delta menimbulkan ancaman lebih besar, tetapi langkah sama kita pernah gunakan sebelum ini akan berhasil sekali lagi jika kita mengikut peraturan,” katanya.

 

Beliau berkata, ujian yang dilakukan ke atas sisa air di Auckland tidak mengesan tanda kewujudan virus itu.

 

“Ini menunjukkan varian ini akan menyebabkan wabak bertahan lama kerana ia tiada dalam ujian air sisa kita,” katanya.

 

Pegawai berkata, penularan wabak terbaru ini tidak mempunyai kaitan jelas dengan rentas sempadan, dan siasatan untuk menentukan asal usulnya sedang dijalankan.

Post a Comment