Cium Tangan Suami Tanda Suami Patriarki Kawal Isteri? – Manis Madu
Cium Tangan Suami Tanda Suami Patriarki Kawal Isteri_

Cium Tangan Suami Tanda Suami Patriarki Kawal Isteri?

Di dunia media sosial sekarang, setiap hari kita akan dihidangkan dengan pelbagai isu baru. Setiap hari ada saja isu timbul dan mula lah nak bertelagah di ruangan komen! Kadang-kadang, perkara itu tak sepatutnya jadi isu pun tapi sengaja diperbesarkan.

 

Begitu juga dengan ciapan seorang pengguna Twitter baru-baru ini yang menjadi topik hangat kerana didakwa sengaja mencetuskan isu pada perkara yang tidak sepatutnya.

Menurut gadis ini, dia berpendapat tindakan seorang isteri mencium tangan suami adalah hasil daripada sistem patriarki dan seolah-olah suami dilihat sebagai satu autoriti yang perlu ditaati dan tunduk patuh padanya.

 

Ciapan ini ternyata mencetuskan kemarahan dalam kalangan netizen dan rata-rata menyifatkan gadis ini sengaja mencari perhatian.

 

“Mesti kau ni bangun-bangun tido je tengok botol air lepastu fikir isu apa yang boleh aku tweet hari ni utk kejar rt,” tulis @aimnrslyy

 

Antara komen lain, netizen turut menyangkal pendapat gadis itu.

 

“Kalau kita cium tangan laki, suruh lah laki cium tangan kita balik kalau tak nak rasa patriarchy. Benda boleh cium balik, buat apa nak tweet patriarchy whatsoever,” @_thedarkrose

 

“Ramai and lots of them woman yang happily married and don’t see it as patriarchy, its only respect ang love. So this one failed. Find other topic,” @khairyizwan

Post a Comment