Comel! Rider Grab Panggil ‘Mummy’, Pelanggan Pun Layan Panggil Rider Grab ‘Son’!
Membeli barang atau makanan dalam talian pasti akan mempertemukan kita dengan pelbagai ragam manusia dan situasi. Boleh jadi situasi itu membuatkan kita terhibur, marah, sedih dan lain-lain.
Perkara ini seperti yang berlaku kepada seorang wanita yang berkongsi ceritanya di laman TikTok ketika dia memesan minuman melalui aplikasi Grab Food.
@yourstrulymizzySo this grab delivery guy just made my day today! In just few seconds i became his Mummy & he became my Son. Hahaahaha!! Thumbs up for your awesome service ‘Son’ Im so proud of ya, Mr Wee Dun Leong 🙏🏻😇 ♬ Hey Mama (feat. Nicki Minaj, Bebe Rexha & Afrojack) – David Guetta
Ketika membuat pesanan, perkara yang membuatkan dia terhibur adalah gelagat penghantar makanan yang menghantar pesanannya.
Dalam video berkenaan, wanita itu meminta rider tersebut menghantar pesanannya kepada pekerja bernama Subash yang berada di kaunter pertanyaan hotel yang diduduki.
Tanpa disangka, rider berkenaan membalas dengan memanggilnya ‘mummy’ dan dia hanya melayani kerenah rider tersebut dengan membalas dengan panggilan ‘son’.
Perbualannya mereka berterusan sehingga pesanan yang dipesan disampaikan sama mengikut arahan yang diberi.
Lebih menghiburkan, ketika pesanan itu dihantar kepada Subash, rider tersebut mengirim gambar dengan caption ‘your son’ yang akhirnya mengundang tawa besar wanita tersebut.
“Dalam beberapa saat sahaja saya menjadi ibunya dan dia menjadi anak saya,” tulisnya di ruangan caption.
Aduh, menghiburkan betul!