Cuti Thaipusam Korang Sambut, Tapi Tahu Tak Cerita Disebalik Perayaan Ini? – Manis Madu

Cuti Thaipusam Korang Sambut, Tapi Tahu Tak Cerita Disebalik Perayaan Ini?

Beberapa hari lagi, Perayaan Thaipusam akan menjelma iaitu pada hari Sabtu bersamaan dengan 8hb Februari 2020. Perayaan ini diadakan untuk menghormati salah satu Tuhan yang dipuja oleh kaum India iaitu Lord Muruga. Ianya akan disambut di Batu Caves, Gombak dan juga di Nattukkottai Chettiar Temple, Waterfall Road di Penang. Secara amnya, perayaan ini adalah tentang kepercayaan, ketahanan dan juga penebusan. Kebanyakan rakyat Malaysia tidak mengetahui sangat apa sebenarnya perayaan Thaipusam ni haaa jadi mari kita baca dengan lebih lanjut.

Sedikit Sejarah tentang Perayaan Thaipusam

Perayaan Thaipusam ini bermula daripada perbalahan antara dua belah pihak iaitu Devas (celestial beings) dan Asuras (Evil Force). Dengan menggunakan Nyanya Vel (lembing emas) yang diberi oleh Lord Shiva, Tyrannous Soorapadme  Asuras akhirnya tewas dan keamanan tersebar di kalangan pihak Devas. Perayaan Thaipusam dirayakan untuk berdoa kepada Tuhan untuk mendapat restu dan dijauhkan dari elemen-elemen jahat.

Decorated with colourful lights, the silver chariot carrying the Lord Muruga deity makes its way through Sentul en route to its final destination of Batu Caves. Sumber Gambar: The Star Online

 

Jadi macam tulah terjadinya Perayaan Thaipusam. Seperti yang korang perhatikan, terdapat sebuah patung emas besar setiap kali lalu di Batu Caves betul tak? Haaa patung besar tulah Lord Muruga.

Sumber Gambar: Astro Ulagam

Sambutan Hangat di Malaysia

Seperti perayaan-perayaan yang lain disambut di Malaysia, Thaipusam disambut selama 3 hari berturut-turut yang bermula dari pukul 4 pagi. Mereka akan bergerak dari Sri Mahamariamman Temple sambil mengangkat kereta kuda emas dengan patung Lord Muruga ke Batu Caves. Sampai sahaja di sana, mereka akan membawa patung tersebut menaiki 272 anak tangga. Sampai sahaja di puncak Batu Caves, di sinilah perayaan Thaipusam bermula.

Pelbagai aktiviti yang dijalankan pada hari itu, seperti mengangkat Pal Kodam (susu) untuk memandikan Lord Muruga dan Kavadi (physical burden) di mana badan mereka dicucuk dengan besi  untuk berjumpa dengan Lord Muruga. Selain itu, terdapat juga aktiviti tari-menari untuk menghangatkan lagi perayaan ini.

Paal Kavadi. Sumber Gambar: Varnam.my

Syarat-Syarat untuk Menyambut Perayaan Thaipusam

Syarat untuk menyambut Thaipusam masyarakat India kenalah berpuasa antara 1 hari ke 48 hari (paling lama). Mereka juga tidak boleh makan makanan yang mempunyai isi daging, semua mesti jadi vegetarian.

“Everyone is Welcome”

Sumber Gambar: Pixabay

Seperti yang korang lihat, Thaipusam bukan sahaja untuk kaum Hindu, tetapi ianya terbuka untuk semua. Ramai pelancong asing yang datang untuk melihat bagaimana suasana perayaan Thaipusam pada hari itu. Tapi gais, jangan lupa jaga adab dan tertib korang kalau korang nak pergi mengunjung festival perayaan Thaipusam ni.

Dengan itu, saya ingin mengucapkan selamat menyambut Thaipusam kepada yang menyambutnya!!!

Post a Comment