Dah Bagi Lokasi Tapi Sesat Juga, Rupanya Ada Cara Tertentu Sebelum Kongsi Lokasi! – Manis Madu
Dah Bagi Lokasi Tapi Sesat Juga, Rupanya Ada Cara Tertentu Sebelum Kongsi Lokasi!

Dah Bagi Lokasi Tapi Sesat Juga, Rupanya Ada Cara Tertentu Sebelum Kongsi Lokasi!

“Dah bagi location pun masih sesat ke?”

 

Persoalan seperti ini kerap kali juga terjadi ketika rakan, saudara mara atau penghantar barang meminta lokasi kita. Rasanya macam dah bagi lokasi yang tepat tetapi kenapa agaknya masih boleh tak jumpa rumah dan lebih teruk sesat!

 

Menurut satu video yang dimuat naik di laman TikTok, seorang lelaki berkongsi tips bagaimana memberi lokasi yang tepat kepada yang meminta.

@tokmer95asik² kasi location tak sampai.. haa buat mcm ni, baru tak naya kat kawan tu bila cari 🤣🤣 lagi² pompuan tgk maps. oppss 🤭 tiber

♬ original sound – Tokmer

“Asyik-asyik kasi location tak sampai. Haa, buat macam ni baru tak naya kat kawan tu bila cari,” tulis keterangan lelaki tersebut.

 

Berdasarkan video itu, lelaki berkenaan menunjukkan cara yang lebih tepat untuk menghantar lokasi melalui aplikasi WhatsApp.

 

Caranya seperti biasa, klik pada ‘location’ kemudian klik pada ‘send your current location’ tetapi sebelum menghantar tunggu seketika sehingga mendapat kedudukan yang paling hampir dengan lokasi kita.

 

“Nampak tak nombor dia berubah-ubah? Tengok yang paling rendah sekali. 16m jangan, tunggu yang paling rendah lepas tu baru share. Haa, baru dapat location yang tepat,” ujar lelaki itu.

 

Maduners boleh semak cara-caranya di video bawah ini:

Lepas ini, tak payah dah bergaduh dengan abang delivery pasal location rumah. Dia senang hati sebab mudah cari rumah, kita pun senang hati barang dihantar tepat ke rumah kita. Tak melencong ke rumah jiran.

 

Semoga bermanfaat dan selamat mencuba Maduners!

Post a Comment