Dah Berjaga-Jaga Pun Tetap Kena, Wanita Terkilan Wang Simpanan Lesap Sekelip Mata! – Manis Madu
Dah Berjaga-Jaga Pun Tetap Kena, Wanita Terkilan Wang Simpanan Lesap Sekelip Mata!

Dah Berjaga-Jaga Pun Tetap Kena, Wanita Terkilan Wang Simpanan Lesap Sekelip Mata!

Dah banyak kali kita dengar isu ditipu oleh scammer samada kerana termakan dengan ‘gertakan’, terpedaya dengan penjual barang murah, klik pautan mencurigakan atau lain-lain modus operandi.

 

Namun, kes yang berlaku pada wanita ini begitu aneh kerana wang dalam akaun banknya secara tiba-tiba lesap!

 

Menurut perkongsian Zahira Zyra di laman Facebook, dia meluahkan rasa sedih dan kecewa selepas wang simpanannya tiba-tiba lesap dipindahkan ke satu akaun tidak dikenali.

Zahira berkata, wang yang disimpan itu adalah tabungan untuk membayar ansuran kereta memandangkan dia akan cuti bersalin selama 3 bulan namun wang itu sudah tiada.

 

Tambahnya, dia begitu pelik apabila perkara seperti ini terjadi kerana dia seorang yang sangat cakna dengan isu scammer dan tidak terpedaya dengan taktik-taktik kotor itu.

 

Malah, akaun bank tersebut juga jarang digunakan dalam apa-apa transaksi menjadikan kes ini bertambah pelik.

 

Account maybank ni memang aku tak guna sangat, cuma untuk bayar duit kereta je tiap bulan. Memang takde shopping ke ape ke pakai kad ni.

 

“Aku memang bukan orang yang suka tekan link sana sini, and kalau dapat call scammer memang aku tak mau layan. Punnnn kena…?? Padahal account peribadi ni untuk deduct duit kereta je. Tak pernah-pernah pakai untuk swipe sana sini. Ajaib bin musykil,” ujarnya.

 

Zahira juga menjelaskan, dia juga tidak ada menerima sebarang mesej menghantar nombor OTP/TAC yang biasanya diperlukan sebelum memindahkan wang.

 

Dah habis berjaga-jaga pun kena juga, memang betul-betul pelik apa yang terkena pada Puan Zahira ini. Kes ini masih dalam siasatan dan harapnya kes ini dapat segera diselesaikan.

Post a Comment