Dah Kurus Pun Cakap Diri Gemuk? Mungkin Korang Ada Penyakit Anorexia Nervosa! – Manis Madu
Mungkin Korang Ada Penyakit Anorexia Nervosa

Dah Kurus Pun Cakap Diri Gemuk? Mungkin Korang Ada Penyakit Anorexia Nervosa!

Pernah dengar tak tentang Anorexia Nervosa? Bunyi nama macam sedap kan tetapi ia tidaklah seindah nama.

 

Anorexia Nervosa atau lebih dikenali sebgai Anorexia adalah salah satu gangguan makan yang dicirikan dengan rasa takut yang berlebihan bila berat badan bertambah dan gangguan persepsi pada bentuk tubuh.

bentuk tubuh

Individu yang menghidap penyakit ini mempunyai keinginan yang tinggi untuk memiliki tubuh yang kurus dan sanggup melakukan pelbagai perkara untuk mendapatkan tubuh yang ‘ideal’ menurut mereka.

 

Penderita Anorexia cenderung melakukan perkara-perkara extreme demi memperolehi tubuh yang kurus. Ini termasuk mengawal selera makan secara berlebihan, berlapar, mengamalkan ubat-ubatan kurus, bersenam secara berlebihan dan lain-lain lagi.

model-beauty-woman-silhouette-slim

Malah, meskipun berat badan sudah berkurang, mereka akan tetap melakukan perkara-perkara seperti yang disebut tadi kerana takut berat badan akan bertambah. Sedikit sebanyak ia akan memberi kesan fisiologi yang boleh menjejaskan kehidupan dan menyebabkan gangguan psikologi yang berterusan. Dahsyat!

 

Antara faktor penyakit Anorexia Nervosa:

  • Faktor umur (remaja wanita yang menumpukan perhatian yang berlebihan kepada penampilan dan kecantikan diri)
  • Sejarah gangguan makan dalam keluarga
  • Terlalu mementingkan kesempurnaan (perfectionist)
  • Keyakinan diri yang rendah
  • Pengaruh sosial media (terpengaruh atau rasa rendah diri lihat individu lain di media sosial)

 

Antara gejala penyakit Anorexia Nervosa:

  • Penurunan berat badan yang sangat ketara dan kelihatan sangat kurus
  • Selalu berlapar atau makan dalam kuantiti yang sangat sedikit
  • Terlalu takut terhadap penambahan berat badan atau menjadi gemuk
  • Selalu memperhatikan bentuk badan di hadapan cermin
  • Mengira kalori setiap makanan yang dimakan
  • Selalu memakan ubat-ubatan penaekan nafsu atau ubat kurus
  • Mengalami masalah kesihatan akibat anoreksia seperti keletihan, dehidrasi, tekanan darah rendah, kulit kering dan keguguran rambut
  • Mudah tersinggung jika dikomen tentang bentuk badan
anorexia

Jika korang dapati ada rakan-rakan atau ahli keluarga sendiri memiliki tanda-tanda ini, mungkin menghidap menghidap penyakit ini.

 

Untuk pengetahuan Maduners, penyakit ini tidak boleh dicegah sepenuhnya. Individu yang disyaki terlibat dengan penyakit ini perlu diberi sokongan moral dan berbincang dengan baik tentang masalah mereka serta harus dibawa berjumpa doktor dengan segera.

 

Selain itu, antara cara pencegahan yang boleh dilakukan untuk mencegah penyakit ini adalah:

  • Melakukan meditasi atau senaman ringan ketika stres
  • Akui diri sendiri sedang menghidap penyakit anoreksia
  • Makan makanan seperti yang dicadangkan doktor
  • Ikuti sesi kaunseling
  • Mengambil ubatan atas nasihat doktor
  • Menaikkan berat badan secara berkala
  • Membina keyakinan diri dengan mencintai diri sendiri

 

Nak kurus taka da masalah tapi jangan sampai terlalu taksub! Korang berpotensi menghidap penyakit ini. Buat apa badan jadi terlalu kurus tapi berisiko dapat penyakit lain? Kan bahaya!

 

~Stay Safe Maduners~

Post a Comment