Dakwa Rekaan Tudung Diciplak Jenama Terkenal, Pemuda Menangis Teresak-Esak! – Manis Madu
Dakwa Rekaan Tudung Diciplak Jenama Terkenal, Pemuda Menangis Teresak-Esak

Dakwa Rekaan Tudung Diciplak Jenama Terkenal, Pemuda Menangis Teresak-Esak!

Seorang pengasas tudung meluahkan rasa kecewa dengan mendakwa rekaan miliknya telah ditiru oleh sebuah jenama tudung terkenal milik usahawan wanita popular.

 

Menerusi perkongsian video di platform TikTok, seorang pemuda dikenali sebagai Yusfariq Iqmal menangis teresak-esak apabila mengetahui konsep dan idea serta hasil usaha kerasnya sejak dua tahun lalu diciplak oleh sebuah jenama terkenal.

Difahamkan, pemuda berusia 26 tahun itu berhempas pulas mengembangkan perniagaan tudung bawal ‘magnetic’ miliknya namun mendakwa jenama berkenaan dengan senang-lenang ‘menciplak’ ideanya.

 

“Senang-senang nak ambil idea aku. Dua tahun lebih aku try to convince people, aku buat R&D (research and development) sampai kemurungan.

 

“Apa yang customer complain, aku upgrade semua tapi aku bersyukur akhirnya hasilkan benda ni. Founder jenama besar ni setiap tahun buat hal,”

 

Yusfariq atau mesra dengan panggilan Abe Yus berkata, dia mengidolakan usahawan berkenaan serta kagum dengan kejayaannya namun kini tidak lagi. Dia meluahkan rasa kecewa dan amat sedih dengan kejadian ini.

 

Perkara ini juga diluahkan dalam ciapan di laman Twitternya.

Tak baik ‘curi’ hasil kerja orang lain. Bukan senang nak keluarkan memikirkan sesebuah idea, prosesnya pelbagai dan rumit.

Post a Comment