Apollo Roka ‘Angin’? Wanita Buat Aduan Terus Dapat Ganti Rugi Dari Apollo! – Manis Madu
Dapat Apollo Roka ‘Angin’, Wanita Dapat Ganti Rugi Setelah Hantar Emel Aduan

Apollo Roka ‘Angin’? Wanita Buat Aduan Terus Dapat Ganti Rugi Dari Apollo!

Seorang peniaga dalam talian, Nor Syazalina Mohd Yusri, 26, menerima dua kotak wafer Apollo sebagai ganti kepada Apollo Roka ‘angin’ yang dibelinya.

 

“Hi tuan, nama saya Nana. Semalam saya beli Apollo Roka tapi tidak ada Roka di dalam pembungkus,” tulis Syazalina kepada Apollo disertakan dengan video yang dirakamnya sebagai bukti.

Menurut Nana, dia hanya mencuba nasib menghantar emel kepada pihak Apollo mengenai insiden ‘Roka Angin’ tersebut dan tanpa diduga, pihak Apollo memberi maklum balas kepadanya.

 

“Macam mana saya terdetik nak email pihak Apollo tu sebenarnya spontan je, saya cari email Apollo dekat Google,” ujarnya.

 

Sementara itu, Apollo dalam emel balasnya berkata: “Terima kasih atas maklum balas berkenaan dengan kualiti produk Apollo, kami akan menjalankan siasatan.

 

“Kami memohon maaf di atas perkara tersebut. Sila nyatakan alamat dan nombor telefon bagi membolehkan pihak kami menggantikan produk Apollo tersebut,” tulis pihak Apollo.

Apollo dalam emel balasnya berkata “Terima kasih atas maklum balas berkenaan dengan kualiti produk Apollo, kami akan menjalankan siasatan

Tambah Nana lagi, dia berasa terharu serta tidak menyangka pihak Apollo akan mengambil serius dengan aduan yang dibuatnya.

 

“Saya tak berharap pun sebab item yang bermasalah cuma satu dan harganya pun murah tapi pihak Apollo reply sangat cepat dalam masa beberapa jam je dan mereka minta detail saya untuk ganti rugi, esoknya mereka dah pos.

 

“Saya dapat dua kotak Stick Wafer jenama Apollo. Masa barang sampai saya rasa macam terharu sebab tak sangka pihak Apollo layan aduan macam tu hanya kerana sebiji Roka je yang tak ada isi,” kongsinya.

Post a Comment