Demi Teman Lelaki, Wanita Mabuk Sanggup Berenang Hingga Hampir Lemas
Seorang wanita mabuk yang kemaruk cinta sanggup berenang ke tengah lautan demi berjumpa kekasihnya.
Namun, wanita itu terpaksa diselamatkan oleh anggota bomba kerana risau dia akan lemas di tengah laut.
Menurut Daily Star, wanita yang berusia 25 tahun itu dikatakan cuba untuk berenang ke tengah laut demi berjumpa teman lelakinya yang bekerja sebagai salah seorang kru di sebuah kapal laut.
Selepas hampir dua jam berenang di lautan, dia akhirnya kehabisan tenaga dan perlu diselamatkan oleh anggota bomba.
Tindakan wanita itu akhirnya disedari oleh sebuah bot memancing. Delta Dawan pada 12 Jun lalu.
Kehadirannya disedari oleh kru kapal setelah dia menjerit meminta pertolongan dan akhirnya kru kapal membawanya ke atas kapal dan memberinya bantuan perubatan.
Sumber Gambar: Daily Star