Desakan Penunjuk Perasaan, New Zealand Akan Tarik Semula Arahan Vaksin Covid-19 – Manis Madu
Desakan Penunjuk Perasaan, New Zealand Akan Tarik Semula Arahan Vaksin Covid-19

Desakan Penunjuk Perasaan, New Zealand Akan Tarik Semula Arahan Vaksin Covid-19

New Zealand akan menarik semula arahan vaksin Covid-19 dan peraturan penjarakan sosial selepas negara ini melepasi kemuncak penularan varian Omicron.

 

Perkara itu diumumkan oleh Perdana Menteri, Jacinda Ardern, hari ini ketika penunjuk perasaan yang berhimpun di kawasan Parlimen sekali lagi bertempur dengan polis.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Jacinda Ardern (@jacindaardern)

Polis mendakwa penunjuk perasaan turut membaling najis ke arah mereka.

 

Keadaan itu secara tidak langsung memberi tekanan kepada kerajaan untuk menghapuskan arahan vaksin.

 

Bagaimanapun, Ardern enggan menetapkan tarikh bagi penarikan semula arahan tersebut, dan kemuncak penularan Omicron dijangka berlaku pada pertengahan hingga akhir Mac ini.

 

“Saya tahu kita semua mahu kembali kepada kehidupan yang normal. Kita akan kembali kepada suasana itu, malah mungkin lebih awal daripada yang anda fikirkan,” katanya dalam sidang akhbar mingguan.

 

Pada masa yang sama, Ardern menegaskan, keputusan itu dibuat bukan disebabkan oleh desakan penunjuk perasaan, sebaliknya untuk kehidupan masyarakat.

 

Tunjuk perasaan itu bermula sebagai bantahan kepada peraturan vaksin Covid-19, sebelum bertukar menjadi gerakan yang lebih besar dan agresif.

 

Sehingga hari ini, lapan lagi penunjuk perasaan ditangkap kerana bertindak luar kawal dan cuba mencetuskan kekecohan.

 

Negara ini merekodkan sebanyak 16,000 kes Covid-19 dan 53 kematian sejak virus itu melanda.

 

Penularan varian Omicron menyaksikan jumlah kes jangkitan di New Zealand naik mendadak, sama seperti di kebanyakan negara lain di seluruh dunia.

 

Kira-kira 94 peratus New Zealand sudah divaksin dengan suntikan itu diwajibkan kepada golongan petugas barisan hadapan.

Post a Comment