Dianggap Tidak Islamik, Qatar Rampas Mainan ‘Pop It’ Kerana Menyerupai Bendera LGBTQ!
Pihak berkuasa Qatar bertindak merampas permainan kanak-kanak yang tidak ‘Islamik’ kerana menampilkan ciri-ciri pelangi yang menyerupai bendera golongan Lesbian, Gay, Biseksual, Transgender (LGBT).
View this post on Instagram
Permainan itu juga difahamkan bertentangan dengan ‘nilai keislaman’ di negara yang menentang homoseksual berkenaan.
Kementerian Perdagangan dan Industri menjalankan pemeriksaan di beberapa premis perniagaan berbeza di seluruh Qatar.
“Pihak berkuasa turut merampas permainan kanak-kanak yang mengandungi slogan bertentangan dengan nilai Islam seperti bola getah dan permainan lain dengan warna pelangi.
“Pihak kementerian menggesa semua penduduk melaporkan sebarang penjualan produk yang menggunakan logo atau rekaan yang bertentangan dengan tradisi di negara ini,” katanya dalam satu ciapan di Twitter.
Qatar menjadi tumpuan dunia sejak terpilih menjadi tuan rumah bola sepak Piala Dunia 2022.
November lalu, Persatuan Bola Sepak Inggeris memberi jaminan kepada peminat fahaman lesbian, gay, biseksual, transgender dan queer (LGBTQ) bahawa mereka dialu-alukan ke negara itu sempena kejohanan Piala Dunia.
Susulan itu, Qatar dilihat sedikit berlembut dengan pendirian anti LGBTQ dengan memaklumkan bendera pelangi dibenarkan untuk dikibarkan.