Dicucuk Dos Penggalak Tanpa Izin, Badan Warga Emas Gatal-Gatal Sampai Bernanah – Manis Madu
Dicucuk Dos Penggalak Tanpa Izin, Badan Warga Emas Gatal-Gatal Sampai Bernanah

Dicucuk Dos Penggalak Tanpa Izin, Badan Warga Emas Gatal-Gatal Sampai Bernanah

Selepas pengambilan vaksin Covid-19 dos kedua, kerajaan memperkenalkan pula dos penggalak sebagai perlindungan tambahan buat seluruh rakyat Malaysia.

 

Namun, tidak semua berani mengambil dos penggalak itu memandangkan banyak cerita kurang enak tentang kesan selepas pengambilan dos berkenaan.

 

Baru-baru ini, melalui perkongsian seorang pengguna Twitter tentang kesan dos penggalak yang terjadi kepada datuknya.

Difahamkan, datuknya ke klinik hanya untuk pemeriksaan kesihatan dan doktor yang memeriksa datuknya terus menanyakan soalan “dah ambil booster ke belum?”

 

Ketika datuknya menjawab belum mengambil dos penggalak, tanpa bertanya lebih lanjut, doktor berkenaan terus ‘memaksa’ datuknya mengambil dos berkenaan.

 

“Balik je rumah, he felt itchy and nanah starting to form on his skin. Sakit sangat sampai my aunt told my mom yang he cannot even pakai baju properly. Tengok la pictures tu, nanah tu siap berair lagi,” tulisnya dalam ciapan itu.

 

Gadis berkenaan turut meluahkan rasa marah dengan perkara yang tidak sepatutnya berlaku itu.

 

“Saya tak kata ambil booster adalah benda yang tak baik tapi masalahnya doktor tu tak tanya pun atok saya semua soalan-soalan penting macam ‘vaksin apa ambil sebelum ni’ dan lain-lain.

 

I’m really mad right now because my atok dah tua, mana la dia tau benda macam tu. Sepatutnya doktor tu tanya dan jelaskan benda-benda penting pada dia. Geram betul la aku,” tambahnya lagi.

 

Dalam ciapan tersebut juga gadis tersebut memuat naik beberapa keping gambar sebelum dan selepas datuknya mendapat dos penggalak itu.

Post a Comment