Diganggu Lelaki Kurang Siuman, Wanita Terpaksa Ber‘Abang Sayang’ Sebelum Telefon Polis – Manis Madu
Diganggu Lelaki Kurang Siuman, Wanita Terpaksa Ber‘Abang Sayang’ Sebelum Telefon Polis

Diganggu Lelaki Kurang Siuman, Wanita Terpaksa Ber‘Abang Sayang’ Sebelum Telefon Polis

Tular di laman TikTok satu video menunjukkan dua orang wanita diganggu seorang lelaki dalam sebuah kedai vape.

 

Lelaki itu kelihatan seperti kurang siuman atau dalam khayal kerana pertuturan yang kurang jelas dan bercakap perkara yang bukan-bukan.

Wanita yang merakam situasi itu menjelaskan dia sangat ketakutan kerana bimbang lelaki itu bertindak di luar kawalan hingga boleh mencederakan dia, adiknya dan bayi dalam kandungannya.

 

“Dah tiba-tiba pulak tanya baby aku ni anak sapa. Masa tu memang aku bengang aku takut dia masuk kaunter buat pape dekat baby aku,” ujarnya.

 

Ketika cuba menenangkan lelaki itu, wanita berkenaan berkata dia terpaksa ber ‘abang sayang’ untuk memastikan lelaki itu tidak bertindak ganas sebelum mereka menelefon polis meminta bantuan.

 

Nasib mereka baik apabila seorang pelanggan datang dan berjaya menghalau lelaki tersebut keluar.

 

“Alhamdulillah customer masuk terus halau dia dan kami minta tolong customer stay sampai polis datang. Dia pandai (lelaki misteri itu), dia tunggu kat celah semak menghendap tunggu customer tu keluar dari kedai tapi bila polis sampai dia dah hilang.

 

“Staff lelaki aku cuti. Lepas ni jangan harap aku nak pergi kedai kalau staff lelaki tak ada,” tambahnya.     

Post a Comment