Diganggu Lelaki Mabuk, Wanita Guna ‘Spray Sanitizer’ Lindung Diri!
Seorang wanita bertindak menyembur sanitasi ke arah muka seorang pemabuk yang cuba mengganggunya ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas selesai bekerja.
Menerusi gambar yang dikongsikan seorang pengguna Twitter, @pisangnogeng, difahamkan ibunya telah diganggu oleh seorang lelaki mabuk sewaktu mahu pulang ke rumah.
Girl makesure this thing always with you HAHAHAHAHAHAHA pic.twitter.com/HY8ebAlASn
— 🇵🇸🇲🇾 𝕨𝕒𝕟𝕚𝕨𝕒𝕟𝕥𝕙𝕖𝕤𝕦𝕟𝕤𝕙𝕚𝕟𝕖𓅓 (@pisangnogeng) February 20, 2022
“Alamak, kalau iye pun mabuk janganla kacau aku, minta peluk pula kan dah kena spray dengan sanitizer muka kau. Tu lah, nak mabuk pergi jauh jauh.
“Berguna juga spray ni untuk orang mabuk yang kacau aku balik kerja,” jelas ibunya.
Susulan perkongsian itu, rata-rata orang ramai berpendapat selain membawa semburan sanitasi sebagai keperluan untuk menghalang Covid-19 ia juga berguna sebagai perlindungan diri.
“Dahla member minum alkohol, kena sembur lagi dengan alkohol,” komen @aleptakbosan.
“Terfikir benda yang sama, kalau sembur sanitasi ada dituduh kesalahan ke sebab ini bukan senjata,” kata @bangsawankelana.
“I pernah kena kacau lepas habis tengok movie then I spray sanitizer yang kecik tu kat muka a guy yang kacau I. Berpusing juga dia,” jelas @patrickpff1.
Tak sangka ya, selain berguna untuk cegah Covid-19, boleh juga guna sebagai alat perlindungan diri.