Dihentak 20 Kali Dengan ‘Handphone’, Wanita Cedera Parah Disamun Orang Gila
Tular di laman Facebook, hantaran seorang pengguna dikenali sebagai Hemi Mohd yang menceritakan situasi isterinya disamun oleh orang kurang siuman.
Dalam hantaran tersebut, Hemi juga berkongsi beberapa keping gambar menunjukkan keadaan isterinya yang mengalami kecederaan teruk di bahagian muka dan kepala.
Hemi menceritakan, isterinya, Fuza Nordin ditendang dari arah belakang oleh orang kurang siuman itu sehingga isterinya terjatuh sebelum disamun.
“Isteri saya diketuk lebih 20 kali menggunakan handphone isteri saya sendiri, ditendang dan dipukul serta dikorek mata kanannya. Kejadian serangan berlaku dalam lingkungan 15 minit.
“Isteri berjalan secara sendiri dengan lumuran darah menuju masuk ke mall dan kemudian dipimpin oleh seorang tukang cuci dan direhatkan dalam Kedai Emas Wah Chan sementara tunggu saya dan keluarga dihubungi,” jelasnya lagi.
Meninjau ke ruangan komen, ramai warganet turut bersimpati dengan nasib yang menimpa wanita itu. Dalam pada itu, warganet turut menasihatkan agar lebih berhati-hati jika berjalan sendirian di kawasan itu.
“Situ memang tak selamat, warga asing terlalu ramai lepak area sana. Kalau perempuan jangan lah pergi sana sorang-sorang, at least ada teman sorang dua. Kat area bandar klang memang seram sikit,” komen seorang warganet.
“Pentingnya simpan pepper spray bila nak pegi ke mana mana. Malang tak berbau. Tak kisah lelaki ke perempuan. Simpan setiap satu dalam beg, dalam kereta, kat kunci,” tambah netizen lain.