Diijab Kabul Tak Sampai Beberapa Minit, Pihak Lelaki Terus Lafaz Cerai! – Manis Madu
Diijab Kabul Tak Sampai Beberapa Minit, Pihak Lelaki Terus Lafaz Cerai

Diijab Kabul Tak Sampai Beberapa Minit, Pihak Lelaki Terus Lafaz Cerai!

Majlis Ijab dan Kabul adalah majlis yang dinanti-nantikan buat semua pasangan mempelai.

 

Tetapi apa yang berlaku di Jakarta, Indonesia ini lain pula ceritanya apabila tular satu video di media sosial yang memperlihatkan seorang pemuda menceraikan isterinya sebaik sahaja mereka diijab kabulkan.

pemuda menceraikan isterinya sebaik sahaja mereka diijab kabulkan 01
pemuda menceraikan isterinya sebaik

Majlis yang dihadiri sejumlah keluarga itu bertukar menjadi riuh apabila pihak lelaki melafazkan cerai serta merta dan mengundang kemarahan ramai orang terutamanya bagi keluarga pihak perempuan.

 

Di dalam video itu, pengantin lelaki kelihatan enggan menandatangani surat penikahannya selepas selesai diijab kabulkan sebelum dia berdiri dan melafazkan talak kepada isterinya. 

 

Perbuatan pemuda tersebut menyebabkan keluarga pengantin perempuan hampir pitam dan mengundang pergaduhan antara pihak lelaki dan perempuan.

pemuda menceraikan isterinya sebaik sahaja mereka diijab kabulkan 03

Menurut laporan Tribun Jateng, pasangan tersebut dikatakan sudah bercinta lama dan si wanita hamil luar nikah.

 

Disebabkan itu, pihak wanita meminta lelaki tersebut untuk bertanggungjawab dengan perbuatannya sebelum bersetuju untuk menikah. 

 

Namun,dia dikatakan belum bersedia untuk bertanggungjawab malah dipaksa untuk melangsungkan juga pernikahan tersebut.

 

Lelaki itu bagaimanapun tetap menghadirkan diri dalam majlis pernikahannya, tetapi disebabkan perasaan kecewa dia terus menceraikan isterinya sehingga menyebabkan kekecohan.

 

Isu berkenaan bagaimanapun masih belum mendapat apa-apa keterangan dari kedua belah pihak.

Post a Comment