Dua Kali Tak Jadi Kahwin, Gadis Ini Nikah Lelaki Kenal Di Instagram – Manis Madu
Dua Kali Tak Jadi Kahwin, Anis Farahin Roslin Nikah Lelaki Kenal Di Instagram

Dua Kali Tak Jadi Kahwin, Gadis Ini Nikah Lelaki Kenal Di Instagram

Soal jodoh, rezeki, ajal menjadi rahsia Yang Maha Esa. Tidak sesiapa pun tahu bila dan bagaimana cara kita mendapat jodoh, rezeki mahupun ajal.

 

Bagi Madu, jodoh ini unik! Kadang-kadang bertahun jaga jodoh orang eh rupanya jodoh sendiri ada depan mata sahaja.

 

Begitu juga uniknya kisah pertemuan antara seorang gadis dengan suaminya yang hanya berkenalan melalui kiriman mesej di aplikasi Instagram dan akhirnya menyatukan mereka berdua.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by انيس فراحين (@anisahin)

Kiriman Mesej Pertama pada 5 Julai lalu

Menurut Anis Farahin Roslin, 25, pertama kali dia menerima kiriman mesej daripada suaminya pada 5 Julai lalu sebelum mereka berdua sepakat untuk beralih ke fasa hubungan yang lebih serius dalam tempoh cukup singkat.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by انيس فراحين (@anisahin)

“Dia mula hantar direct message (DM) di Instagram pada bulan Julai. Dia follow Instagram saya, kemudian saya pun follow back. Kami tak pernah kenal pun selama ini. Padahal jarak perjalanan rumah kami dalam seminit saja.

 

“Mungkin dia follow sebab saya ada buat bisnes menerusi Instagram. Awal-awal tu saya perasan dia macam nak try saya, tapi saya malas nak layan,” katanya.

 

Difahamkan, selepas bermesej di Instagram, tidak lama selepas itu mereka berjumpa dan oleh sebab rasa selesa antara satu sama lain maka, mereka meneruskan hubungan itu ke peringkat yang lebih serius.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by انيس فراحين (@anisahin)

Anis juga mengakui dia trauma untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki selepas dua kali kecundang dalam percintaan sebelum ini. Jelasnya, dia berubah hati selepas melihat kesungguhan jejaka yang mahu menjadikan dirinya sebagai pasangan yang sah.

 

“Saya tak sangka proses ini berlaku sangat cepat. Saya fikir dah tak ada jodoh saya dalam tahun 2021. Tapi alhamdulillah, saya terima ketentuan ini. Dia pun kata yang kami boleh bercinta lepas nikah,” tambahnya lagi.

Post a Comment