Dulu Cikgu Jerit Suruh Diam, Sekarang Kena Merayu Murid Bercakap – Manis Madu
Dulu Cikgu Jerit Suruh Diam, Sekarang Kena Merayu Murid Bercakap

Dulu Cikgu Jerit Suruh Diam, Sekarang Kena Merayu Murid Bercakap

Cabaran menghadapi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) bukan sahaja berlaku kepada pelajar tetapi para guru dan pensyarah juga menghadapi kesukarannya tersendiri.

 

Selain berdepan kesukaran untuk mengadaptasi serta membiasakan diri dengan teknologi, komunikasi dua hala yang sepatutnya berlaku ketika tempoh PdPR kadangkala tidak berjaya dicapai.

 

Perkongsian oleh seorang guru dikenali sebagai Cikgu @annetta_zaity di laman TikTok merupakan salah satu contoh tepat situasi yang berlaku ketika tempoh PdPR.

@annetta_zaityday by day…murid ghosting 😅

♬ bunyi asal – annetta_zaity

Dalam video berkenaan, Cikgu Annetta dilihat bertanya kepada pelajarnya berkaitan pembelajaran pada hari tersebut namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

 

“Tidur ke? Tidur ke sayang?” tanya guru berkenaan kepada pelajarnya sambil ketawa.

 

Cikgu Annetta menambah, kebiasaannya jika di dalam kelas dia perlu menjerit supaya pelajarnya diam tetapi situasi PdPR memberi pengalaman yang berbeza.

 

“Biasanya, kalau cikgu masuk kelas cikgu akan jerit ‘diammm’. Kali ini cikgu pula merayu-rayu, tolong cakap,” ujar Cikgu Annetta.

 

Meninjau ke ruangan komen, kebanyakan warganet bersetuju dengan situasi berkenaan tidak kurang juga komen daripada para pelajar yang menjelaskan kenapa mereka tidak memberi maklum balas ketika sesi PdPR.

 

Perkongsian tersebut telah memperoleh sebanyak 189, 700 ribu tontonan disertai 25, 200 ribu tanda suka di laman TikTok.

Post a Comment