Easy Cooked Meal Ideas during Covid-19 – Manis Madu

Easy Cooked Meal Ideas during Covid-19

Madu tahu ada sesetengah Maduners ni gemar makan makanan di luar, bila bersama keluarga dan juga rakan-rakan. Tapi disebabkan wabak Covid-19 yang menjadi halangan, mesti Maduners rasa frust sangat sebab tak ada idea nak masak apa kat rumah. Betul tak?

Aiyoo, Maduners jangan berfikiran negatif. Mungkin inilah masanya Maduners keluarkan bakat Maduners memasak. Manalah tau, lepas ni Maduners boleh masak macam-macam dan orang lain pun boleh mendapat inspirasi dari Maduners sendiri. Haa mari Madu kongsikan idea untuk Maduners sediakan hidangan mudah ini di rumah.

1. Spaghetti Bolognese

Image by Monika Schröder from Pixabay

Hidangan ini sangat mudah dan senang untuk Maduners sediakan. Maduners juga tidak perlu risau untuk makan malam sebab hidangan ini sangat sesuai untuk makan tengahari serta makan malam. Maduners boleh dapatkan resipinya di link ini.

2. Nasi + Sotong Tumis & Cili Padi

Bagi Maduners yang gemarkan masakan seafood dan juga pedas bolehlah cuba resipi ini di rumah. Untuk pengetahuan anda, resipi ini merupakan resipi ibu Madu sendiri. Sudah sekian lama, hidangan ini menjadi kegemaran Madu sejak kecil. Jika Madu suka, Maduners pun pasti suka. Oleh itu, Madu akan berikan resipinya untuk Maduners di bawah.

 

Bahan:

Bawang merah, bawang putih, cili padi, sotong dari tin Rex, tomato

 

Resipi:

1) Tumis bawang merah & bawang putih.

2) Kalau nak pedas campur cili padi.

3) Masukkan sotong.

4) Potong tomato 4 belah.

5) Gaulkan sekali dengan hidangan sotong.

3. Nasi + Sambal Goreng Sardine

Sumber Gambar: Rasa.my

Makanan tin ialah makanan yang paling senang dan mudah untuk Maduners sediakan di rumah. Tapi Maduners ada idea tak, style masakan apa yang Maduners akan sediakan untuk menaikkan selera korang? Haaa, satu lagi resipi yang Madu akan berikan untuk Maduners ada di bawah ni.

 

Bahan:

Tin sardine, bawang merah, bawang putih, halia, cili kering, tomato sos, cili sos, asam jawa.

 

Resipi:

1) Asingkan sardine dengan kuah dalam tin.

2) Goreng ikan sardine dulu.

3) Pastu ketepikan ikan sardine.

4) Kuah Sardine:

-Tumis bawang merah, bawang putih dan halia

-Dah naik bau letak cili kering

-Pastu letak tomato sos dan cili sos

-Pastu letak asam jawa sikit

-Dah mengelegak pastu sekalikan kuah yang diasingkan tadi

5) Dah agak kering kuah tu letaklah ikan sardine yang digoreng tadi.

4. Minced Chicken Rice

 

View this post on Instagram

 

A post shared by mokey (@mokeymok) on

Maduners boleh buat hidangan ni tutup satu mata je tau, hehehe… Hidangan ini sangat mudah untuk Maduners sediakan bila di rumah. Tambahan lagi, Maduners yang duduk berseorangan di rumah atau di hostel gerenti akan selalu masak hidangan ini. Maduners boleh pergi ke link ini untuk dapatkan resipinya.

5. Char Kuey Teow

 

View this post on Instagram

 

A post shared by @leng420 on

Char Kuey Teow yang sangat popular di Penang, kini Maduners boleh sediakan di rumah! Sangat mudah dan senang untuk Maduners hidangkan bila makan berseorangan atau bersama keluarga. Link ada di sini.

6. Nasi + Telur Mata Kicap

 

View this post on Instagram

 

A post shared by NASI TELUR KICAP 😋 (@nasi.telur.kicap) on

Hidangan paling popular semua orang akan hidangkan bila malas nak masak hehehe… Madu sendiri pun tak rajin memasak tapi bila perut ni dah lapar, hidangan ini lah yang Madu boleh fikirkan. Resepi ini sangat mudah iaitu masak nasi dan juga goreng telur bercampur kicap. Kalau Maduners nak lagi pedas, campur je dengan cili padi kicap.

Post a Comment