Easy Desserts to Make At Home – Manis Madu

Easy Desserts to Make At Home

Kalau asyik Netflix n Chill je, mesti bosan betul tak? Jom Madu ajak Maduners buat dessert pulak! Haa tak susah pun sebenarnya!  Jom buat dessert bersama Madu!

5. Ondeh Ondeh

Sumber Gambar: AzieKitchen.com

Biasanya Maduners selalu beli je kan kuih ni? Haa apa kata kita cuba buat pulak!  Kuih ini sangat terkenal terutama sekali di kalangan kanak-kanak. Kuih yang mempunyai inti gula Melaka bila digigit sekali memang boleh buat mereka hyper. Bukan mereka je, Maduners pun sama kan hehe… Kalau begitu, Maduners boleh di pergi ke link ini untuk ketahui resepinya.

4. Bubur Kaler-Kaler

Bubur berwarna-warni akan buat Maduners enjoy untuk membuatnya. Kenapa? Haa sebab caranya sangat mudah dan sangat seronok. Madu pernah cuba dessert ni dan Madu enjoy membuatnya.  Kalau Madu enjoy, korang pun pasti akan enjoy!

 

Maduners boleh pergi ke link ini untuk buat dessert ni.

3. Kek Aiskrim Oreo

Sumber Gambar: lilluna.com

Bosan asyik makan biskut Oreo? Apa kata kita upgrade kepada Oreo Ice Cream Cake! Haaa lain dari lain betul tak Maduners? Korang boleh makan Oreo dan juga menikmatinya sebagai kek ais krim. Serius sedap gila! Maduners boleh pergi ke link ni untuk dapatkan resepinya.

2. Kek Batik

Masa inilah yang sesuai untuk buat kek batik Maduners! Maduners akan enjoy buat kek ini kerana cara penyediaannya sangat seronok. Madu pasti ada sesetengah Maduners pernah makan kek ini. Apa kata kali ni kita cuba buat dan rasakan air tangan kita pula yang buat!

1. Dalgona Coffee

Dessert ini sangat popular di Korea dan kini ia sangat popular di Malaysia! Wah Maduners kalau boleh buat dessert ni masa tengah bosan di rumah, memang takkan bosan lah hehe.. Dessert ini akan buat Maduners merasai pahit manis ketika meminumnya. Sesiapa yang tak rasa lagi, bolehlah cuba buat sekarang!

Post a Comment