Elak Jadi Mangsa Pervert, Lelaki Ajar Cara Kesan Kamera Tersembunyi! – Manis Madu
Elak Jadi Mangsa Pervert, Lelaki Ajar Cara Kesan Kamera Tersembunyi!

Elak Jadi Mangsa Pervert, Lelaki Ajar Cara Kesan Kamera Tersembunyi!

Zaman sekarang, kalau menginap di hotel atau masuk ke mana-mana tandas awam, mesti terselit rasa risau terutamanya buat kaum wanita. Mana taknya, kejadian ‘diintip’ dengan kamera selalu sangat terjadi!

Bukan sahaja kamera biasa yang diletakkan di sudut tersembunyi, kamera litar tertutup (CCTV) juga ada dipasang di ruang tersembunyi hingga orang awam tak dapat mengesannya untuk tujuan yang tidak baik.

 

Berdasarkan perkongsian di laman Twitter, seorang lelaki ada berkongsi cara-cara untuk mengesan peranti yang disembunyikan tak kiralah dalam tandas, hotel atau mana-mana tempat penginapan.

Menurut lelaki yang berkongsi info ini, dia hanya mencari maklumat di Google dan berharap akan sedikit sebanyak dapat membantu orang ramai supaya lebih berhati-hati terutamanya kaum wanita.

1. Guna ‘flash light’ yang ada pada telefon bimbit

Guna lampu suluh ini di tempat-tempat yang mempunyai lubang atau ceruk-ceruk ruang sempit dan jika wujud pantulan dekat tempat yang disuluh, kemungkinan besar ada kamera dipasang di tempat itu.

 

Dan jika ada, jangan teragak-agak untuk membuat laporan pada pihak bertanggungjawab.

2. Guna kamera hadapan pada telefon bimbit tanpa buka ‘flash’

Halakan kamera hadapan pada tempat-tempat yang dirasakan berkemungkinan ada CCTV dan jika ada seperti ‘dot’ melalui skrin kamera maknanya ada ‘sesuatu’ yang sedang merakam anda.

3. Periksa WiFi di telefon bimbit

Biasanya CCTV akan menggunakan sistem wifi untuk menghantar video atau merakam aksi secara langsung. Cuba periksa wifi yang mendatangkan kecurigaan kepada anda.

4. Periksa lubang atau tempat yang mempunyai skru

Kalau skru longgar tu cuba tarik tengok mana tahu ada CCTV. Selain itu, barang-barang yang boleh diubah adalah seperti tempat flush, jam, baldi, penyapu dan lain-lain juga kena check okay!

 

Jangan lupa aplikasikan cara-cara di atas untuk mengelakkan kejadian tak diingini berlaku Maduners!

Post a Comment