Elak Jadi Mangsa Video Call ‘anu’, Ini Tips Untuk Maduners
Video call kini boleh dikatakan sesuatu yang amat penting bagi satu dunia terutama ketika kita semua sedang menghadapi ujian pandemik Covid-19 yang tidak membolehkan kita bersua muka dan bertemu ihsan yang tersayang seperti biasanya.
Namun, untuk pengetahuan Maduners, teknologi video call (VC) juga mampu mendedahkan kita semua dalam situasi yang tidak diingini seperti jenayah.
Sebagai langkah berjaga-jaga, Madu nasihatkan Maduners untuk tidak mengangkat VC dari mana-mana nombor atau orang yang tidak dikenali.
Pengajaran yang Maduners boleh ambil dari kejadian yang dilakukan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab sebelum ini terutamanya kaum wanita.
Beberapa kes jenayah yang berlaku apabila mangsa adalah seorang wanita dan suspek adalah seorang lelaki yang menunjukkan penis atau ‘anu’ dalam VC tersebut.
Berikut kronologi dan modus operandi jenayah tersebut.
- Suspek akan membuat video call sambil menghalakan camera-nya ke arah kemaluannya.
- Suspek akan segera mengambil screenshot ketika mangsa wanita tersebut menjawab video call
- Kemudian, Suspek akan mula mengugut mangsa untuk menyebarkan screenshot tersebut jika mangsa tidak memberikan sejumlah wang atau sebagainya seperti yang diminta suspek.
Situasi ini membuatkan mangsa yang seorang wanita itu seolah-olah sedang beraksi lucah dalam video call tersebut yang boleh menyebabkan fitnah besar dan kesan yang amat buruk pada kehidupan mangsa.
Untuk Maduners yang tersayang, Madu nak kongsikan tips untuk mengelakkan berada dalam cengkaman jenayah tersebut.
Pertama, Maduners perlu tahu siapa yang buat video call itu. Jika tidak dikenali lebih baik abaikan.
Kedua, yang ini Madu selalu buat, iaitu tutup front camera dengan jari tak kiralah orang yang buat video call pada Madu itu Madu kenal atau tak. Bukan apa, sekadar langkah berjaga-jaga dari kejadian yang tak diingini.
Yang ketiga, jika Maduners menghadapi situasi atau modus operandi suspek seperti yang di atas, Maduners digalakkan untuk membuat laporkan ke pihak SKMM melalui pautan https://aduan.skmm.gov.my/ bagi melaporkan salah laku berkenaan.
~Stay safe Maduners~