Fakta Menarik Mengenai Covid-19 yang Perlu Kita Tahu
Covid-19 ni semakin lama semakin teruk dibuatnya kepada kita semua. Kes meningkat setiap hari termasuklah kematian. Kini, Madu akan terangkan fakta yang menarik untuk Maduners ketahui lebih lanjut tentang wabak covid-19 yang berbahaya ini. Jom baca artikel ini bersama!
1. Memakai Mask Pakai Buang takkan menyelamatkan Maduners
Maduners sihat tetapi tidak selamat? Bagaimana tu? Selagi wabak ini tidak berhenti tersebar, selagi itulah tidak selamat. Disebabkan itu, ramai yang tidak mengambil langkah berjaga-jaga atau prihatin tentang situasi ini. Mask pakai buang tidak menjaminkan 100% keberkesanan dalam menghindari virus ini, cara yang terbaik ialah duduk di rumah. Kurang berjumpa, kuranglah peluang anda untuk dijangkiti virus Covid-19.
2. Berhati-hati dalam hubungan intim anda
Buat masa ini, “sex” bersama pasangan bukanlah masa yang sesuai untuk melakukannya. Walaupun ia tidak menyebabkan pasangan anda mendapat Covid-19, kemungkinan besar dengan mencium pasangan anda boleh menjadi penyebabnya. Ini adalah disebabkan ia mampu tersebar melalui “respiratory droplets” berdasarkan Doktor Raj Dasgupta, Pulmonologist dan Critical Care Physician di Keck Hospital, USC, California.
3. Covid-19 tidak ada pada haiwan peliharaan
Setakat ini, haiwan tidak ada Covid-19 pada mereka, tetapi belum pasti yang manusia boleh menjadi penyebab wabak ini tersebar kepada haiwan peliharaan kata Dr. Raj Dasgupta. Tengok muka Maduners di rumah pun dah boleh buat pet korang gembira dan merasai kasih sayang dari uolls!
4. Berada di khayalak orang ramai boleh mempercepatkan penyebaran Covid-19
Please stay at home. #StaySafeStayHome #StayHome #dudukrumah pic.twitter.com/Sa9QblyhHC
— KKMPutrajaya (@KKMPutrajaya) March 18, 2020
Kita tak tahu siapa yang positif atau negatif dengan penyakit ni. Tapi apa yang pasti, kita tidak sama sekali boleh berkumpul di khayalak orang ramai. Kerajaan dan juga frontliners pun dah bagi amaran kepada kita semua. Jadi Maduners patuhilah nasihat mereka dan bantu mereka menyekat penyebaran wabak ini.
5. Covid-19 tidak akan berakhir walaupun dalam cuaca panas
Sumber Gambar: World Health Organization
Peningkatan suhu tidak akan menghentikan penyebaran wabak ini, kata Dr Ashwin Vasan, Epidemiologist dan President, CEO di Fountain House, New York City. Cuaca panas ini hanya akan memperlahankan proses penyebaran, ini adalah disebabkan tak ramai yang mengalami selsema, batuk ataupun demam pada musim panas. Walaubagaimanapun, duduk di rumah adalah lebih selamat buat masa ini.
6. Walaupun tidak berjangkit dengan Covid-19, kita masih dalam keadaan bahaya
Sihat atau tidak, dengan wabak ini masih berkeliaran di luar sana, keadaan kita dalam bahaya. Oleh itu, Maduners pastikan berada di dalam rumah okay! Jangan pandang rendah dengan penyakit ini kerana wabak ini dikenali sebagai “silent killer”. Jadi jaga diri dan keluarga supaya sama-sama dapat menghapuskan wabak ini.
7. Covid-19 boleh tersebar kepada sesiapa
Sumber Gambar: World Health Organization
Muda atau tua, sesiapa je boleh terkena. Kepada yang telah berjangkit, teruslah pergi ke hospital berdekatan untuk mendapatkan rawatan segera. Jangan ditunggu lama. Pergi buat check-up di tempat yang telah dimaklumkan oleh Jabatan Kesihatan dan juga kerajaan kita.
8. Covid-19 bukannya virus China
Betul wabak ini datang dari Negara China di Wuhan, tetapi siapalah kita untuk memburukkan mereka? Covid-19 datang dari kumpulan virus yang bernama Coronavirus. Walaupun punca penyebabnya masih tidak diketahui, kita tidak sepatutnya menyalahkan negara lain. Seharusnya, kita bantu-membantu antara satu sama lain untuk menghapuskan wabak ini.
Harap Maduners ambil perhatian tentang fakta ini. Jangan lupa untuk kongsikan maklumat ini bersama keluarga dan juga rakan di luar sana. Jaga diri dan stay safe okay uolsss!