“First Time Tengok Dia Nangis!” Netizen Sebak Tengok Mizz Nina Menangis Ketika Sampaikan Ceramah Tentang Penceraian
Sebagaimana yang semua sedia maklum, industri hiburan dikejutkan dengan berita penceraian antara pasangan selebriti terkenal, Noh Salleh dan Mizz Nina yang telah bercerai talak satu.
Susulan itu, kedua-dua figura ini seringkali mendapat tumpuan warganet setelah tidak bersama lagi.
Baru-baru ini, tular pula di laman TikTok video yang memaparkan penyanyi dan aktivis kemanusiaan, Mizz Nina yang dilihat tidak dapat menahan sebak ketika memberi ceramah mengenai hikmah penceraian.
@ejust4u #mizznina #nohsalleh #allah #motivational #inspiration #nealofa #onitsukatiger #cry #miziwahid #spiritualsummit2022 #fyp #fypシ #fypdongggggggg #fypage #quote #hardship #lost #subhanallah #tabarakallah #hijrah #hijrah_istiqomah #hijrahcinta #meletop #tiktok #tiktok #lisasurihani #harisismail #bestrong #mstar #mstarmalaysia #mashallah #sinarfm #erafm #selawat ♬ original sound – Ejust
Video berkenaan difahamkan telah dirakam ketika persidangan Spiritual Summit 2022 yang berlangsung pada 21 Ogos lalu di bawah anjuran Safinah Institute.
View this post on Instagram
Dalam video berkenaan, Mizz Nina atau nama sebenarnya Shazrina binti Azman gagal menahan sebak apabila dilihat mengalirkan air mata sambil berkata, Allah SWT tahu apa yang terbaik buat hamba-Nya.
“Jadi saya rasa kita perlu tukar mindset dan fikir sesuatu sedang berlaku sama ada kesenangan atau kesusahan,”
Tambah Nina lagi, jika kita berada dalam keadaan senang, kita akan melahirkan rasa syukur dan jika berada dalam kesusahan, ia akan mengajar kita erti sabar.
Dalam pada itu, Nina turut berkongsi tentang sebuah kisah seorang wanita yang bercerai dengan suaminya dan bagaimana wanita itu melalui proses penceraian.
“Wanita itu berkata ‘macam mana saya nak lalui semua ni?’ dan dia hanya kembali kepada Allah dan bersyukur kepada Allah. Ia satu kehilangan tapi dia bersyukur suaminya sudah menghabiskan masa bertahun-tahun bersamanya. SubahanAllah,” ujarnya.
Menurut Nina, mindset itulah yang mengubah segala persepsi dalam apa sahaja ujian yang melanda dan kita perlu faham bahawa pasti ada sesuatu yang berlaku disebaliknya (hikmah).
“Allah akan jawab doa kita dalam tiga cara, samaada Allah akan jadikan ia berlaku, selamatkan kita dari keburukan yang lebih besar, atau Allah akan simpan (menjadikannya pahala) di akhirat kelak,” ceritanya.
Melihat di ruangan komen, perkongsian tersebut ternyata mendapat reaksi yang pelbagai daripada netizen. Rata-rata turut merasai kesedihan yang dipendam Mizz Nina selain ada juga yang berkata mereka pertama kali melihat wanita itu menangis.
“How I feel her. Saya berpisah dengan suami seminggu sebelum Mizz Nina atas sebab terlalu banyak tiada sefahaman. Untuk elakkan banyak pertelingkahan, doakan saya sekuat dia,”
“Tengok dia menangis, kita pun menangis. Walaupun tak tahu apa yang dia cuba sampaikan. Sebab tiba-tiba terasa kesedihan dia juga,”
Pertama kali tengok Mizz Nina menangis!