Foundation Bercapuk Dan Berwarna Kelabu – Manis Madu

Foundation Bercapuk Dan Berwarna Kelabu

Foundation biasanya merupakan produk yang paling asas dalam mekap, salah memilih warna foundation hazablah muka jadinya. Berbelanja lebih sedikit untuk membeli foundation yang bagus. Ini adalah disebabkan foundation yang bagus akan membantu anda dalam mengecapi look yang anda inginkan dengan lebih mudah.

Sumber Gambar: HSN

 

Apakah ciri-ciri yang perlu anda titik beratkan dalam penggunaan dan pemilihan foundation?

1. Sinaran asli adalah satu-satunya cahaya yang anda harus guna untuk memilih warna foundation anda.

2. Cuba elakkan untuk mengambil warna yang gelap untuk mendapatkan kesan sun tan.

3. Pilih warna yang sama dengan warna kulit anda, jika anda ingin mendapatkan certain look mahirkan Teknik anda dengan menggunakan produk mekap yang lain.

Sumber Gambar: Stylecraze

 

4. Biarkan produk berada di kulit anda, untuk seminit dua untuk melihat perubahan warna foundation tersebut.

5. Jika anda ingin mengaplikasikan foundation, ingat yang paling utama blend, blend dan blend.

6. Ingat pastikan warna muka anda dengan kulit leher anda sama, pastikan letak sedikit foundation jika warna kulit muka dan kulit leher anda tidak sama.

7. Jangan lupa untuk prep muka anda, kulit yang sihat dan moisturise akan membuatkan mekap anda tidak bercapuk.

Sumber Gambar: VictoriaStephenson

 

Selamat membeli dan ingat tips di atas.

Post a Comment