Gadis Alami Kesan Covid-19, Semua Makanan Rasa Sampah Sarap Yang Sangat Busuk! – Manis Madu
Gadis Alami Kesan Covid-19, Semua Makanan Rasa Sampah Sarap Yang Sangat Busuk!

Gadis Alami Kesan Covid-19, Semua Makanan Rasa Sampah Sarap Yang Sangat Busuk!

Buat mereka yang pernah dijangkiti wabak Covid-19, pasti sedia maklum dengan kesan jangka pendek atau jangka panjang (long covid) yang mungkin berlaku kepada diri mereka. 

 

Kesan ini termasuklah cepat terasa penat, kerap batuk, gangguan pernafasan atau mudah mengalami demam kerana virus Covid-19 sudah mengganggu antibodi bekas penghidapnya.

 

Namun, Maduners tahu tak wujud satu lagi jenis impak Covid-19 yang lebih teruk daripada yang disebut di atas iaitu Parosmia?

 

Menurut perkongsian seorang gadis bernama Natalia di laman TikTok, dia menceritakan kisah pilunya apabila terpaksa mengalami hal pelik yang mana Parosmia telah menyebabkan apa sahaja makanan atau minuman yang masuk ke dalam mulut terasa seperti sudah basi!

Bukan itu sahaja, setiap pengambilan makanan itu juga terasa seperti sampah sarap yang sangat busuk! Bayangkan setiap makanan atau minuman yang kita cuba makan tetapi memberi rasa yang memualkan. Yucks!

 

Itulah situasi yang berlaku kepada Natalia. Walau bagaimanapun, dia tiada pilihan lain selain memaksakan dirinya menerima makanan atau minuman demi mengisi perut.

parosmia 1 (1)

Melalui videonya yang dikongsi di laman TikTok, dapat dilihat betapa dia berusaha untuk menahan rasa loya kerana apa yang disuapkan ke mulut mengeluarkan bau dan rasa yang menjijikkan.

 

Tambahnya, penghidap Parosmia juga akan mengalami kekeliruan deria berbeza-beza. Ada yang mengalami rasa seperti stoking busuk, gasolin, metalik, ammonia atau haiwan skunk!

 

Lebih parah lagi, gejala ini difahamkan jika tidak sembuh dalam tempoh 2 bulan, ia akan kekal dan tiada penawar. 

 

Natalia menyampaikan perkongsian ini melalui TikToknya juga dan sambil menangis, dia turut meninggalkan pesanan semoga semua orang mematuhi SOP pemakaian topeng muka agar tidak menerima nasib sama sepertinya.

Post a Comment