Gadis Berbaju Kelawar Hampir Diragut, Ramai ‘Tabik’ Tindakan Orang Awam Segera Membantu!
Jenayah ragut memang salah satu jenayah kejam dan merisaukan! Peragut selalunya berada dalam keadaan terdesak dan perkara itulah merupakan punca mereka bertindak di luar kawalan hingga tergamak mencederakan mangsa.
Baru-baru ini, tular sebuah video di laman sosial Twitter memperlihatkan cubaan meragut seorang gadis yang sedang berjalan seorang diri. Mujur, jenayah berkenaan sempat dirakam melalui kamera litar tertutup (CCTV) sebuah bangunan di tempat kejadian.
Kes ragut akak baju kelawar. semua orang datang tolong tangkap peragut. Abang grab mmg terbaik datang terus langgar motor peragut sampai tumbang. ANDA SEMUA HERO!!
Video dekat next twit. pic.twitter.com/UIUvn4bKLC— MALAYSIA MOST VIRALL (@MALAYSIAVIRALL) August 23, 2022
Insiden cubaan meragut oleh dua orang lelaki yang menunggang motosikal dipercayai berlaku di hadapan Menara Felda, Kuala Lumpur dilihat gagal.
Gadis yang juga mangsa ragut itu dilihat tidak mengalah dan memegang beg tangannya dengan begitu kuat. Dikejarnya motor peragut!
Ketika peragut itu cuba melarikan diri, gadis yang kelihatan memakai baju kelawar itu mengejar mereka dan menarik semula beg tangannya sebelum seorang ‘rider’ datang melanggar motor peragut itu. Di tempat kejadian juga, boleh dilihat beberapa orang awam membantu meleraikan insiden tersebut dan seterusnya memegang kedua-dua peragut itu.
Hantaran video berkenaan berjaya menarik perhatian netizen yang mana rata-rata kagum dengan ketangkasan gadis tersebut dan tidak ketinggalan tindakan pantas penghantar makanan itu turut dipuji.
Tahniah juga diucapkan kepada orang awam ketika itu kerana turut sama-sama membantu!