Gadis Cuak Diganggu Lelaki Psiko Di Taman Rekreasi – Manis Madu
Gadis Cuak Diganggu Lelaki Psiko Di Taman Rekreasi

Gadis Cuak Diganggu Lelaki Psiko Di Taman Rekreasi

Antara perkara yang paling nak dielak oleh wanita ketika zaman persekolahan dulu adalah berdepan dengan sekumpulan pelajar lelaki yang melepak di kawasan tangga sekolah. Betul tak? Lebih rela guna jalan lebih jauh supaya tidak ‘diganggu’ mereka.

 

Namun bukan sahaja di sekolah, situasi cemas seperti itu turut terjadi di tempat awam apabila tindakan dua individu ‘psiko’ ini mengundang rasa kurang senang buat remaja perempuan ini.

 

Ia berikutan sebuah video yang tular di laman Twitter apabila seorang pengguna, @TIIIIIIIIMOTHY berkongsi semula satu video milik @nrkhaizatulll yang memaparkan gadis itu sedang melepak bersama seorang lagi rakannya di sebuah taman rekreasi sebelum didatangi dua lelaki tidak dikenali.

dua individu ‘psiko’ ini mengundang r

Menurut remaja tersebut, salah seorang lelaki terbabit mengganggu mereka dengan meminta nombor telefon dan alamat rumah selain tidak mahu beredar dari lokasi berkenaan.

 

“Selamba duduk sebelah kawan I macam tu, menggeletar member. Akhirnya kawan I kasi nombor telefon teman lelaki dia. Barulah diorang gerak dari situ,” katanya.

 

Lebih menakutkan, ketika mereka mahu pulang ke rumah, dua lelaki berkenaan masih mengekori dua gadis berkenaan dan mereka terpaksa bersembunyi sebelum berjaya beredar dari tempat tersebut.

 

Ciapan itu diulang kicau sebanyak 35.2k dan 25.8k tanda suka serta dihujani ratusan komen warganet yang memberi pelbagai reaksi terhadap kejadian berkenaan.

Post a Comment