Gadis Dihalang Masuk Unit Kecemasan Hanya Kerana Pakai ‘Skirt’ Pendek, KKM Ambil Tindakan Ke Atas Pengawal!
Beberapa hari yang lepas, tular di platform media sosial Twitter apabila seorang gadis berkongsi kisah dirinya dihalang dari melawat bapa di unit kecemasan di Hospital Selayang.
Menurut ciapannya, pengawal keselamatan itu telah menghalangnya daripada memasuki kawasan terbabit kerana mendakwa cara pemakaiannya tidak mengikut tatasusila iaitu dengan memakai dress pendek atas lutut tanpa lengan.
I have been denied entry to see my dad in the Emergency Ward, not cause of Covid, noooo friends, not cause its not allowed (cause one person is allowed at a time) but BECAUSE I WAS DEEMED DRESSED INAPPROPRIATE. I wore a shift shapeless with sleeves AND JUST ABOVE THE KNEE…. pic.twitter.com/MIwRyWJvJ1
— Eliza Nathaniel (@elizanathaniel) March 16, 2022
Menurut pengawal keselamatan itu, skirt gadis itu terlalu pendek dan tidak sesuai untuk dipakai di hospital.
Memetik laporan MalaysiaKini, sedar akan isu yang berlaku, pihak Hospital Selayang telah mengambil tindakan lanjut dengan menegur seorang pengawal yang menghalang gadis tersebut masuk.
Susulan itu, Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah turut bersuara dengan berharap agar kejadian itu tidak berlaku di masa akan datang dan dapat diselesaikan dengan cara yang betul.
Jabatan Keselamatan Hospital Selayang telah mengambil tindakan penambahbaikan dgn memberi teguran kpd pengawal keselamatan tersebut agar mengamalkan tatacara komunikasi yg sesuai ketika berurusan bersama pesakit mahupun waris agar perkara yang sama tidak berulang di masa hadapan.
— Noor Hisham Abdullah (@DGHisham) March 18, 2022