Gambar Mata Anak Jadi Tatapan 26.5 Juta Pengikut Apple, Gembira Foto Dapat Pengiktirafan! – Manis Madu
Gambar Mata Anak Jadi Tatapan 26.5 Juta Pengikut Apple, Gembira Foto Dapat Pengiktirafan

Gambar Mata Anak Jadi Tatapan 26.5 Juta Pengikut Apple, Gembira Foto Dapat Pengiktirafan!

Niat asal pereka grafik mengambil gambar mata kanan anaknya, Luth Fateh Badrul Akram sekadar untuk diabadikan sebagai kenangan, lapor Harian Metro.

 

Bagaimanapun, rezeki berpihak kepada Badrul Akram Badaruddin, 30, apabila gambar itu dimuat naik di Instagram (IG) syarikat peranti elektronik, Apple tengah malam tadi.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by apple (@apple)

Badrul Akram menyedarinya selepas menerima notifikasi daripada Apple di IG.

 

“Saya terima notifikasi dari Apple ketika hampir tidur tengah malam tadi. Apabila dibuka notifikasi itu, saya lihat gambar anak sudah dimuat naik di IG Apple.

 

“Saya terus kejutkan isteri untuk maklumkan perkara itu dan hilang terus rasa mengantuk saya kerana terlalu gembira,” katanya.

 

Bercerita lanjut, Badrul Akram berkata, gambar itu diambil ketika dia bersama isteri , Fathiyah Md Jamil, 30 dan anak, Luth Fateh, 4 serta Nia Sofea, setahun dalam perjalanan ke rumah ibunya di Taman Lela.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Badrul Akram (@bartdrul)

“Gambar itu dirakam secara spontan di dalam kereta kira-kira jam 6 petang sewaktu matahari terik.

 

“Saya ambil gambar itu menggunakan telefon bimbit isteri model Iphone 12 Pro Max sebelum memuat naiknya di IG awal Julai lalu dengan meletakkan tanda pagar #ShotoniPhone dan #ShotoniPhoneProMax.

 

“Tidak lama selepas itu, pihak Apple ada hubungi saya meminta butiran dengan memberitahu akan mempertimbangkan gambar saya itu tetapi saya tidak letak harapan tinggi kerana pernah juga dihubungi dua tahun lalu dalam satu cabaran gambar mod malam tetapi tiada maklum balas lanjut.

 

“Tak sangka pula gambar saya terpilih kali ini dan ia sekaligus merealisasikan salah satu impian saya iaitu mendapat pengiktirafan daripada Apple,” katanya.

 

Badrul Akram berkata, dia meminati seni fotografi sejak 2010 dan belajar teknik mengambil gambar daripada jurugambar berpengalaman selain mencubanya sendiri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Badrul Akram (@bartdrul)

“IG Apple salah satu akaun yang sentiasa menjadi rujukan saya bidang fotografi ini kerana kebanyakan gambar dimuat naik seperti ada mesej dan kisah dibaliknya.

 

“Syukur sangat apabila gambar anak saya terpilih dan satu dunia dapat melihatnya.

 

“Saya ada beritahu anak dan nampak dia gembira,” katanya.

Post a Comment