Gambaran satellite menunjukkan pencemaran menurun semenjak Coronavirus merebak di China dan Itali – Manis Madu

Gambaran satellite menunjukkan pencemaran menurun semenjak Coronavirus merebak di China dan Itali

Wabak koronovirus menjadi bualan hangat di seluruh negara sehinggalah sekarang. Akan tetapi, berita gembira untuk Maduners yang Madu ingin sampaikan tentang isu tersebut. Kelihatannya imej di satellite menunjukkan udara di negara Itali dan juga China semakin baik dari sebelum ini.

Berdasarkan gambaran Sentinel 5 satelit Copernicus Program Eropah, yang dikendalikan oleh Suruhanjaya Eropah dan Agensi Angkasa Eropah, menunjukkan asap nitrogen dioksida yang bewarna oren gelap semakin menurun di Itali Utara. Kelihatan udara di sana semakin baik kalau dibandingkan pada mulanya koronavirus tersebar.

 

Selama 3 minggu berturut-turut, keadaan ini dipantau di negara Eropah untuk didokumentasikan pada 14 dan 24 Februari serta 4 & 8 Mac 2020.

Manakala, China yang merupakan punca utama wabak koronavirus juga menunjukkan progress di mana udara di negara mereka kelihatan semakin baik. Berdasarkan NASA, nitrogen dioksida menurun sebanyak 30%. Ini juga disebabkan kebanyakan daripada penduduk di China mengurangkan penggunaan kenderaan serta penutupan kilang.

Sumber Gambar: The ASEAN Post

Walaupun keadaan udara di Itali dan China semakin berkurangan, nampak gayanya wabak koronavirus masih ada. Maduners berhati-hati yeah bila di luar sana. Pastikan Maduners ikuti langkah berjaga-jaga sepanjang wabak ini masih ada. Stay safe Maduners!!

Post a Comment