Gara-Gara Dihalang Beli Barang Berjenama, Wanita Rusia Protes Gunting Beg Chanel – Manis Madu
Gara-Gara Dihalang Beli Barang Berjenama, Wanita Rusia Protes Gunting Beg Chanel

Gara-Gara Dihalang Beli Barang Berjenama, Wanita Rusia Protes Gunting Beg Chanel

Wanita di Rusia menggerakkan kempen menggunting beg Chanel milik mereka sebagai tanda protes selepas dihalang daripada membeli barangan jenama mewah itu susulan perang di Ukraine, lapor akhbar Daily Mail semalam.

 

Rakaman video menunjukkan model dan selebriti Rusia menggunting beg Chanel milik mereka itu dimuat naik ke laman sosial.

Chanel juga meminta warga Rusia di luar negara yang berhasrat membeli barangannya untuk menandatangani aku janji bahawa mereka tidak akan memakai atau memaparkan jenama itu di Moscow.

 

Ketika kebanyakan golongan elit Rusia tidak memberi sebarang maklum balas berhubung perang atau kematian yang berlaku di Ukraine, sekatan oleh Chanel itu membuatkan mereka terasa seperti menjadi sasaran kempen ‘Russophobia’ atau fobia dengan Rusia.

 

Pelakon Rusia, Marina Ermoshkina, 28, menganggap tindakan Chanel itu tidak wajar dan dia menentang mana-mana jenama yang menyokong Russophobia.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Marina Ermoshkina (@amazing_marina)

“Jika memiliki Chanel bermakna saya perlu menjual tanah air saya, maka saya tidak memerlukan Chanel,” katanya.

 

Model Rusia yang berpangkalan di Monaco, Victoria Bonya, 42, pula berkata, Chanel bersikap kurang ajar dan tidak menghormati pelanggan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by VICTORIA BONYA (@victoriabonya)

“Saya orang Rusia, tinggal di Eropah dan saya enggan memakai Chanel. #ByeByeChanel,” tulis Bonya.

 

Dalam satu kenyataan pada minggu ini, Chanel berjanji akan menambah baik prosedur pembelian dan memohon maaf atas kesulitan yang berlaku.

“Kami memahami bahawa langkah-langkah ini yang bertujuan mematuhi keperluan undang-undang, mungkin menimbulkan kesulitan tertentu untuk sesetengah pelanggan,” tulis kenyataan itu.

Post a Comment