Gara-Gara Pengasuh Cuai, Anak Cut Meyriska Jatuh Terhentak Besi, Cirit-Birit Disuap Bubur Basi
Memiliki pengasuh umpama satu keperluan penting bagi sesetengah institusi kekeluargaan. Kesibukan ibu bapa seharian menjadikan memiliki pengasuh adalah satu kemestian.
Meskipun kasih sayang atau cara pengasuh tidak akan sama seperti cara ibu bapa namun pastinya mereka mengharapkan yang terbaik daripada pengasuh dalam penjagaan anak-anak.
Namun, remuk hati para ibu dan ayah apabila anak tersayang berada dalam keadaan tidak selamat kerana sikap sambalewa pengasuh.
Seorang pelakon dan penyanyi terkenal Indonesia, Cut Meyriska mengambil keputusan untuk serta-merta memecat pengasuh bayi yang diupahnya selepas pengasuh berkenaan tidak menjalankan amanah dengan sebaiknya.
View this post on Instagram
Menurut perkongsian artis berkenaan, pada awalnya dia juga tidak mahu mengambil khidmat pengasuh untuk menjaga anaknya dan berniat untuk menjaganya sendiri.
Namun kerana masalah kesihatan yang dihadapinya, dia meletakkan kepercayaan sepenuhnya kepada pengalaman wanita berkenaan untuk menjaga anaknya.
Difahamkan anaknya yang sedang aktif merangkak dibiarkan bersendirian oleh pengasuh berkenaan sehingga satu hari anaknya terjatuh dan terhentak pada besi.
Apabila ditanya, dia malah tidak mengaku dan akhirnya memaksa Meyriska memeriksa rakaman CCTV untuk mengetahui hal sebenar dan apa yang terjadi cukup membuatkan air matanya gugur.
Lebih menyedihkan, pengasuh berkenaan dikatakan menyuap makanan berupa bubur basi kepada bayi kecil tersebut yang dimasak dengan nasi keras!
Meyriska yang mencuba hidangan tersebut merasakan makanan itu terlampau masin sedangkan dia sudah menyediakan garam khas buat anaknya.
Rentetan daripada itu, si manja berkenaan mengalami demam panas dengan suhu 39.5 darjah serta mengalami muntah teruk dan cirit-birit hingga di tahan bagi mendapatkan rawatan.
Perkongsian berkenaan kemalangan menimpa anaknya itu turut dikongsi di laman YouTube.