Gordon Ramsay Bangga Anak Perempuan Berani Mengaku Pernah Kena Gangguan Seksual! – Manis Madu
Gordon-Ramsay-Bangga-Anak-Perempuan-Berani-Mengaku-Pernah-Kena-Gangguan-Seksual

Gordon Ramsay Bangga Anak Perempuan Berani Mengaku Pernah Kena Gangguan Seksual!

Gordon Ramsay kini mula tampil berkongsi mengenai serangan seksual yang dihadapi oleh anak perempuannya Holly Ramsay beberapa tahun yang lalu.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Gordon Ramsay (@gordongram)

Chef terkenal itu berkata dia sangat bangga dengan Holly yang sekarang berusia 21 tahun dengan bagaimana dia menangani kejadian ngeri yang membuatnya menderita gangguan tekanan pasca-trauma (PTSD).

 

Holly dengan berani dan tidak mahu bersembunyi telah menceritakan mengenai kejadian tersebut pada bulan Ogos 2021 menerusinya podcastnya, 21 & Over, menjelaskan bahawa serangan itu memberi kesan buruk pada dirinya di universiti.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HollyAnna Ramsay (@hollyramsayy)

Sekarang, Gordon Ramsay memuji keberanian anaknya kerana berani berkongsi cerita tersebut kepada orang ramai.

 

Menurut Daily Star UK Dia mengatakan bahawa pada musim pandemik di mana ramai yang terpaksa berkurung termaksud dirinya telah memberi ruang dan masa untuk lebih memahami apa yang telah dilalui oleh Holly.

 

“Pandemik, dari sudut pandang seorang ayah, adalah waktu yang tepat untuk memahami keluarga kerana kita menghabiskan waktu yang berkualiti bersama, dan kita harus memahami apa yang dia lalui, dia baik-baik saja sekarang.”

 

Gordon yang juga seorang ayah kepada lima orang anak itu menambah bahawa dia sangat tegas dalam melindungi anak-anak terutamanya tiga anak perempuanya.

 

“Ya, agak sukar untuk melindungi anak perempuan kerana ada banyak orang bodoh di luar sana yang ingin memanfaatkan gadis-gadis kita,” jelasnya.

 

Berikutan gangguan seksual, Holly meninggalkan universiti setelah tahun pertama dan dimasukkan ke Hospital Nightingale di London di mana dia kemudian didiagnosis dengan PTSD, kegelisahan dan kemurungan.

 

Sejak melalui pengalaman traumatik, Holly mengatakan keluarganya “luar biasa” dan bahawa dengan berkongsi hal tersebut, dia menjadi lebih dekat dengan orang yang disayanginya.

 

Dia mengatakan bahawa adik-beradiknya dan ibu bapa terkenal telah memberinya sokongan terhebat dari segi mental dan fizikal.

Post a Comment