Group Facebook Tukar Pasangan Suami Isteri Dikecam Orang Ramai
Pendedahan seorang pengguna Twitter berhubung kewujudan kumpulan dikenali sebagai Tukar Pasangan Suami Isteri Suka Sama Suka di laman sosial Facebook mencetuskan kemarahan netizen.
Orang ramai mendesak anggota kumpulan terbabit menghentikan kegiatan itu.
Menurut laporan Kosmo!, setakat pagi tadi, laman Facebook berkenaan masih aktif dan menerima hantaran pengunjung yang berminat untuk menyertai aktiviti tersebut termasuk dari negara jiran.
“Teringin punya pasangan orang Malaysia. Salam dari Indonesia,” ujar seorang pengguna laman tersebut hari ini.
Jumpa group ni. Aku macam curious lah kan apa maksud tukar tu? Aku pun cuba bukak.
Satu private group, lagi satu public. So aku tgk yg public. pic.twitter.com/jkQ7saM3zl
— 𝗛𝗮𝗾𝗶𝗺 (@emrhaqim) June 24, 2021
Terdahulu, pemilik akaun Twitter dikenali sebagai Haqim mengatakan dia terjumpa kumpulan tersebut secara tidak sengaja ketika membuat carian maklumat mengenai penukaran hak pemilikan kenderaan.
“Jumpa group ni. Aku macam curious lah kana pa maksud tukar tu? Aku pun cuba bukak. Satu private group, lagi satu public. So aku tengok yang yang public.
“Aku tak sangka wujud manusia yang sanggup buat benda macam ni. Ada yang suami offer wife, ada yang wife offer diri sendiri,” tulisnya.
Perkongsian itu menimbulkan kemarahan netizen yang beramai-ramai ‘menyerbu’ kumpulan terbabit dengan kebanyakan mereka menyifatkan perbuatan itu sebagai menjijikkan dan melampaui batas.