Guru Buat Jenaka Rogol Dakwa Difitnah, Ain Husniza Terima Surat Tuntutan RM1 Juta – Manis Madu
Guru Buat Jenaka Rogol Dakwa Difitnah, Ain Husniza Terima Surat Tuntutan RM1 Juta

Guru Buat Jenaka Rogol Dakwa Difitnah, Ain Husniza Terima Surat Tuntutan RM1 Juta

Baru-baru ini Ain Husniza memaklumkan dia menerima surat tuntutan RM1 juta dari guru terbabit berikutan isu yang pernah viral berkenaan gurauan rogol yang dibuat oleh guru sekolahnya itu.

Ain Husniza Saiful Nizam telah memuat naik kenyataan itu di laman Twitternya dan memaklumkan bahawa dia dituntut untuk membayar RM 1 juta dalam tempoh 7 hari sebagai ganti rugi terhadap kenyataan yang dibuat sebelum ini.

“Hari ini Ain tiba-tiba terima surat tuntutan atas pernyatan-pernyataan fitnah. Dalam surat ni Ain diberi 7 hari untuk semua tuntutan ni antaranya untuk bayar RM1,000,000 dalam ganti rugi” – @ant33ater.

 

Kes tuntutan fitnah yang difailkan oleh guru terbabit bagaimanapun tidak dinyatakan dengan lebih spesifik.

 

Ain memaklumkan emosinya ketika ini sangat tidak stabil ditambah pula dengan kelas online yang dihadapinya.

 

Dia juga meminta orang ramai agar mendoakan segala urusan berkenaan perkara ini dipermudahkan.

Post a Comment