Guru Sampai Jadi Firaun & Bawa Replika Mumia Nak Tarik Minat Pelajar!
Menjadi guru di zaman ini tidak seperti dahulu. Guru-guru perlu kreatif dan berfikir di luar kotak untuk menjadikan sesi pembelajaran menyeronokkan.
Melalui ciapan @chuckee_little yang merupakan seorang guru, dia ada memuat naik beberapa gambar sesi pembelajaran bersama pelajarnya.
To cikgu baharu, to be happy, dedicated, passionate and creative in this profession; is by being yourself.
Help your students and your school your own way. pic.twitter.com/2q1M1jMKKC
— Muhammad Nazmi (@chuckee_little) January 4, 2022
Gambar yang dikongsi menunjukkan guru itu memakai kostum ala-ala firaun serta membawa replika mumia ketika mengajar.
Tidak ketinggalan, para pelajar juga memakai kostum yang sama untuk menjadikan suasana belajar lebih menarik dan tidak membosankan.
Meninjau ke ruangan komen, warganet kebanyakannya memuji tindakan guru ini kerana berusaha menjadi kreatif dan menukar suasana belajar kepada sesuatu yang lebih menarik!
“Creative!!! Pembelajaran macam ni lah pelajar akan ingat sampai bila-bila,” komen @ikashoyo
“Kalau macam ni belajar, 3 jam pun okay,” @nurfxdzlxxnwxfx
“Kudos to his effort!” @httpsufyan
Betul, pembelajaran yang macam ini pelajar akan ingat sampai bila-bila. Semoga dengan perkongsian ini akan memberi inspirasi buat guru lain untuk menarik minat para pelajar dengan sesi pembelajaran.