Habis Madu Sepah Dibuang, Berhenti Hambakan Diri Di Tempat Kerja! – Manis Madu
Habis Madu Sepah Dibuang, Berhenti Hambakan Diri Di Tempat Kerja!

Habis Madu Sepah Dibuang, Berhenti Hambakan Diri Di Tempat Kerja!

Pernah atau tidak anda bertanya pada diri, adakah anda sedang bekerja dengan rajin atau hanya menghambakan diri di tempat kerja?

 

Rasanya persoalan ini selalunya akan timbul bila sudah bosan atau wujud ketidakpuasan dalam hati berkenaan hal di tempat kerja, tidak kiralah sama ada berkaitan dengan rakan kerja, persekitaran ataupun gaji.

Menghambakan Diri

elisa-ventur-bmJAXAz6ads-unsplash (1)

Sebenarnya bagaimana kita nak mendefinisikan perkataan hamba diri di tempat kerja? Adakah melakukan kerja lebih dari waktu kerja? Tidak dibayar gaji yang setimpal? Atau terlalu bertoleransi dengan pihak atasan yang mempunyai pelbagai kerenah dan begitu cerewet?

 

Bagi saya, anda sendiri yang mendefinisikan perkara ini kerana setiap orang mempunyai konflik yang berbeza-beza di tempat kerja, maka definisi ‘hambakan diri’ di tempat kerja berlainan bagi setiap orang.

Punca

Ada pelbagai punca atau faktor yang membuatkan anda berasa ianya satu bebanan untuk bekerja, boleh jadi punca itu datang dari diri sendiri (faktor dalaman) ataupun dari tempat kerja (faktor luaran).

Persekitaran

alex-kotliarskyi-QBpZGqEMsKg-unsplash (1)

Bayangkan dah siap kerja dan bersedia untuk balik rumah, tiba-tiba dipanggil untuk meeting dan disuruh lagi berfikir berkenaan hal kerja. 

 

Bukan tidak mahu berfikir tetapi kalau ikutkan waktu bekerja biasa selama 8 jam sudah di ‘korban’ untuk bekerja.

 

Jadi kalau boleh pihak atasan dan diri kita sendiri perlu ingat batas kerja dan perlu tetapkan hanya boleh diganggu berkenaan hal kerja pada waktu kerja bagi mendapatkan work life balance  yang bagus.

Batas Pergaulan

brooke-cagle-g1Kr4Ozfoac-unsplash (1)

Kadang-kadang dalam syarikat kecil, kita terlalu akrab sehingga lupa tentang batas pergaulan sebagai seorang pekerja dan pihak atasan dalam sebuah syarikat.

 

Perkara ini boleh jadi masalah yang lebih besar dan akan menyebabkan anda terasa seperti ‘hamba’ tanpa disedari oleh diri sendiri dan pihak atasan.

 

Perkara ini juga akan menyumbangkan kepada masalah lain yang mana anda mungkin keliru adakah sebuah perbualan tersebut sebagai seorang kawan bersama kawan ataupun sebuah perbincangan antara pekerja dan pihak atasan.

Gaji 

luis-villasmil-mlVbMbxfWI4-unsplash (1)

Isu yang sampai kini masih dalam perbincangan kerajaan dan kadang-kadang ada syarikat yang mengambil kesempatan dalam hal ini.

 

Pada mulanya mungkin anda bersyukur dengan gaji yang ditawarkan walaupun mungkin bukan jumlah yang anda minta, namun ada sisi negatifnya yang mana lama-kelamaan anda berasa gaji yang diberikan tidak setimpal dengan jumlah kerja yang perlu dibuat. 

 

Maka bermulalah rasa diri anda seperti ‘hamba’ dengan gaji minima di tempat kerja.

 

Tip untuk ada yang masih sedang mencari tempat kerja! Pastikan anda mencari tempat kerja yang menawarkan gaji yang setimpal dengan skop kerja yang diberikan.

 

Kalau dapat tempat kerja yang memberi banyak benefit  seperti elaun makan, perjalanan serta kesihatan adalah lebih bagus!

 

Namun, tidak semua masalah yang dihadapi di tempat kerja datangnya daripada orang lain kerana diri sendiri juga mungkin menjadi punca kenapa anda berasa seperti hamba di tempat kerja.

toa-heftiba-x9I-6yoXrXE-unsplash (1)

Contohnya bila diri sendiri tidak dapatkan rehat yang secukupnya kerana budaya ‘lepak’ dan juga kurang menggunakan masa di tempat kerja dengan efisien sehingga terpaksa membawa tugasan balik ke rumah untuk disiapkan.

tim-gouw-1K9T5YiZ2WU-unsplash (1)

Memang banyak faktor yang ada, jika anda merasakan diri berada dalam keadaan ‘hamba’ di tempat kerja, cuba cari faktor tersebut dan selesaikan dengan segera.

 

Jangan sampai jatuh dan terjebak dalam budaya Karoshi (overwork death) yang menakutkan di Jepun.

Post a Comment