Hadiah untuk Tersayang Pada Hari Valentine! – Manis Madu

Hadiah untuk Tersayang Pada Hari Valentine!

Hari Valentine dah nak dekat dan masih ramai yang tak tahu nak bagi hadiah apa kepada kekasih anda? Jangan risau!

 

Madu dah sediakan beberapa cadangan hadiah sesuai diberikan kepada kekasih anda di hari istimewa, Valentine!

Sejambang Bunga Ros

Madu tahu hadiah ini agak klise tapi you couldn’t never go wrong with the classic idea!

 

Setiap wanita mesti akan cair dan terharu melihat sejambang bunga ros yang tersusun rapi istimewa untuk mereka!

Edisi Terhad: SailorMoon X Skechers

Korang tahu tak Skechers dah lancarkan kolaborasi dengan Sailor Moon!

 

Dengan lima pilihan kasut yang bertemakan Sailor Moon, hadiah ini akan menjadi salah satu hadiah yang limited edition untuk kekasih anda!

Produk Mekap

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Sephora Malaysia (@sephoramy) on

Dengan pelbagai jenama mengeluar produk edisi Valentine, anda mempunyai pelbagai pilihan untuk menghadiahkan produk mekap kepada kekasih sempena Hari Valentine!

Kelas Memasak Bersama Kekasih!

Belajar memasak bersama kekasih anda dengan hadiri kelas memasak bersama-sama. Aww so sweet!

 

Lepas luangkan masa bersama menghadiri kelas memasak, boleh terus makan makanan yang anda masak! 2 in 1! Tips hebat dari Madu untuk jimatkan duit anda!

Minyak Wangi

Minyak wangi menjadi salah satu produk yang popular sebagai hadiah pada Hari Valentine kerana kita akan ingat kepada si pemberi apabila kita memakai minyak wangi yang diberi! Madu pun suka hadiah minyak wangi!

Kad Ucapan Buatan Tangan (Handmade Gift Card)

Photo by Estúdio Bloom on Unsplash

 

Siapa sahaja yang tak suka hadiah hasil buatan tangan oleh kekasih anda sendiri! Usaha yang diletakkan untuk hasilkan kad ucapan istimewa mesti akan dihargai oleh kekasih anda!

Produk Penjagaan Kulit

Bagi wanita, penjagaan kulit muka mereka perkara yang penting dan telah menjadi rutin dalam kehidupan mereka.

 

Jadi, Madu nak bagi cadangan supaya berikan set produk penjagaan kulit muka buat kekasih anda pada Hari Valentine!

Post a Comment