Hancur Tiga Gaun Hermes, Punca Sikap Sambil Lewa Penghantar Kurier – Manis Madu
Hancur Tiga Gaun Hermes, Punca Sikap Sambil Lewa Penghantar Kurier

Hancur Tiga Gaun Hermes, Punca Sikap Sambil Lewa Penghantar Kurier

Seorang wanita yang membeli barangan secara atas talian berang dengan sikap malas penghantar kurier yang dilantik Hermes selepas baju yang dibelinya koyak akibat digigit anjing peliharaannya.

 

Menurut laporan, kakitangan pengeluar barangan berjenama itu hanya melempar bungkusannya dari pagar dan gambar bukti penghantaran yang dihantar kepadanya juga agak mengejutkan.

Ketika pulang ke rumah, ketiga-tiga gaun yang dibeli telah dirosakkan anjingnya

Brogan Griffiths berkata, dia menghabiskan masa dua minggu untuk mencari persalinan yang sesuai untuk dipakai ketika sambutan hari jadi.

 

“Saya beli tiga persalinan daripada Oh Polly berharga £160 (RM94) dan dijangka akan diterima empat hari sebelum hari jadi saya. Saya tidak ada banyak masa,” katanya.

 

Griffiths, 29, yang ketika itu tiada di rumah kebingungan apabila menerima mesej memaklumkan pembeliannya sudah berjaya dihantar sehinggalah dia melihat gambar bukti penghantaran yang diberikan kepadanya.

The parcel was redelivered by Hermes, and left outside the front door

Selepas dua jam, Griffiths pulang dan mendapati ketiga-tiga gaun yang dibeli telah dirosakkan dan dia percaya Cookie Monster menyangka bungkusan tersebut adalah mainan.

 

“Saya periksa gambar bukti penghantaran dan saya lihat, anjing saya sedang memerhatikan bungkusan. Saya tahu penghantar bungkusan itu hanya melempar dari pagar.

The parcel was thrown straight into the path of Cookie Monster

“Selepas pulang, saya dapati ketiga-tiga gaun itu koyak dan diseret ke kawasan lumpur. Cookie masih bermain dengan parcel itu dan mungkin ia menganggap gaun itu adalah permainannya,” ujar Griffiths.

 

Ibu kepada seorang cahaya mata berusia tujuh tahun itu mendakwa, dia tidak diberi pilihan untuk menukar masa dan tarikh penghantaran.

 

Sementara itu, jurucakap Hermes berkata, barangan Griffiths sudah diganti.

 

“Sejak pandemik, kami akan terus menyediakan penghantaran tanpa sentuhan dan tandatangan akan dilakukan secara digital. Kami sudah pun bercakap dengan pihak kurier supaya beri penekanan kepada pencarian tempat yang lebih selamat agar perkara sama tidak berulang,”

Post a Comment