Hati-Hati Dengan Oximeter Tiruan, Murah Tapi Fake! – Manis Madu
Hati-Hati Dengan Oximeter Tiruan, Murah Tapi Fake

Hati-Hati Dengan Oximeter Tiruan, Murah Tapi Fake!

Sejak wujudnya wabak Covid-19 yang melanda dunia ini, ramai di antara kita yang menyedari kepentingan penggunaan pulse oximeter untuk membantu dalam mengira bacaan oksigen terutamanya  ketika dalam tempoh pemantauan kendiri.

 

Namun, ramai diantara kita yang tertipu dengan penjualan oximeter tiruan yang tidak berfungsi dengan betul.

 

Menerusi perkongsian seorang pengguna Twitter yang dikenali sebagai @SayidahLOvechOc, dia menyeru orang ramai untuk tidak membeli Oximeter APO-20C dan APO-20A di Shopee, Lazada dan sebagainya.

Menurut beliau, rata-rata penjual atas talian tersebut kebanyakannya menyalahgunakan kuasa MDA untuk menjual Oximeter tiruan.

 

“Memang oximeter 20c 20a lulus MDA/KKm tapi tengok dekat web MDA brand aurelius care, establish name careforce medicare supplies sdn bhd.. tiba-tiba seller tulis no brand. Rupa-rupanya betul lah seller tipu je!” – @SayidahLOvechOc

 

Pihak Medicare juga bagaimanapun sudah mengeluarkan notis penafian di laman web rasmi berkenaan kes tersebut dan memaklumkan bahawa pihak mereka sudah menerima banyak aduan berkenaan penyalahgunaan produk dan Perakuan MDA syarikatnya.

 

Tambah MDA, produk APO-20A dan APO-20C tidak dipasarkan oleh mana-mana agen selain syarikat rasmi itu sendiri atau di farmasi.

 

Malah, produk tersebut belum dilancarkan lagi di Malaysia kerana masih diuji bagi menentukan ketepatannya.

 

Orang ramai dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dalam membeli oximeter lagi-lagi kalau ia dijual secara murah.

Post a Comment