Hati-hati Korang! Ini Dia Kawasan Zon Merah Yang Ada Kes Covid-19! – Manis Madu
Kawasan Zon Merah Yang Ada Kes Covid-19

Hati-hati Korang! Ini Dia Kawasan Zon Merah Yang Ada Kes Covid-19!

Seperti yang kita tahu kes Covid-19 semakin hari semakin meningkat dan kita sebagai rakyat marhaen tidak mampu nak buat sebarang tindakan selain daripada mengambil langkah pencegahan supaya tidak dijangkiti penyakit ini.

 

Semalam sahaja iaitu pada 1 November, sebanyak 10,036 telah dicatatkan di bawah kes aktif dan Selangor pula memanjangkan tempoh PKPB (sehingga 9 November) disebabkan oleh kes yang semakin meningkat. Kebelakangan ini pula, lebih kurang 800 ratus kes atau lebih telah direkodkan dalam sehari dan ianya amat membimbangkan!

 

Tipulah jika Maduners  kata tak risau akan keselamatan diri dan sekeluarga. Untuk itu Maduners haruslah sentiasa berwaspada di mana sahaja korang berada.

Sebelum itu, untuk pengetahuan Maduners, inilah klasifikasi yang telah ditetapkan oleh kerajaan Malaysia mengikut jumlah kes. Lagi banyak kes di sesebuah tempat ianya akan diletakkan di bawah zon merah!

Empat-zon-ditetapkan-bagi-klasifikasi-kes

Sumber Gambar: BuletinTV3Official

Kawasan Mana Yang Dibawah Zon Merah?

swab-test

Sumber Gambar: Astroawani |Bernama

Ini adalah senarai terbaru kawasan yang mempunyai 40 kes dan ke atas. Sebanyak 31 daerah telah diklasifikasikan sebagai zon merah. Maduners boleh tengok laman web http://covid-19.moh.gov.my/ bagi mendapatkan info lanjut:

 

Selangor

  • Klang (Klang, Kapar)
  • Petaling (Sungai Buloh, Petaling, Damansara)
  • Hulu Langat (Kajang)
  • Kuala Langat (Tanjung Dua Belas)
  • Gombak
  • Sepang

 

Kuala Lumpur

  • Titiwangsa

 

Negeri Sembilan

  • Seremban (Ampangan, Labu)

 

Penang

  • Timur Laut (Georgetown)
  • Seberang Perai Selatan (Mukim 6)

 

Labuan

 

Kedah

  • Kota Setar
  • Pokok Sena (Gajah Mati)

 

Perak

  • Larut, Matang, Selama (Taiping)

 

Sabah

  • Lahad Datu (Bandar, Silabukan, Felda)
  • Kota Kinabalu (Laut, Likas, Pantai, Sembulan, Darat, Kg. Air, Petagas, Tanjung Aru)
  • Sandakan (Sentosa, Karamunting, Beatrice, Batu Sapi, Sibuga, Pantai Elopura)
  • Tuaran (Indai, Serusup, Tambalang)
  • Kunak (Pekan)
  • Papar (Pengalit/Kawang, Labak/Kinarut)
  • Semporna (Bugaya, Tampi-Tampi)
  • Tawau (Sri Tanjung, Merotai, Balung)
  • Putatan (Petagas, Lok Kawi)
  • Penampang (Kepayan, Penampang Baru)
  • Ranau
  • Beaufort
  • Kota Belud (Kulambai)
  • Keningau
  • Kinabatangan
  • Tambunan
  • Kudat (Tiga Papan)

Lokasi Yang Mempunyai Kes Covid-19.

city-skyline-building-kuala-lumpur

Antara kawasan yang perlu kita berwaspada adalah tempat-tempat yang selalu disinggahi oleh orang ramai.

 

Kebanyakan kes telah dilaporkan di sekitar kawasan perumahan dan juga pusat membeli-belah, terutamanya di Klang Valley. Kalau Maduners nak shopping hati-hati okay!

 

Senarai di bawah ini adalah tempat-tempat yang pernah mempunyai kes Covid-19:

 

Pusat Membeli-Belah

  • The LINC KL
  • Suria KLCC
  • Sunway Pyramid
  • NU Sentral
  • Central Walk i-City
  • One Utama
  • Paradigm Mall
  • Setia City Mall
  • Tropicana City Mall
  • Bangsar Shopping Centre
  • Mid Valley Megamall & The Gardens Mall
  • AEON Mall Bukit Tinggi, Klang
  • Tesco Extra Mutiara Damansara
  • Jaya Grocer Mutiara Tropicana
  • SOGO KL
  • Digital Mall, Petaling Jaya
  • Plaza Mont Kiara
  • The Curve
  • Damansara City Mall

 

Kawasan Perumahan

  • Aurora Residence
  • Float Setapak Indah Jaya
  • Puri Aiyu Condominium Shah Alam
  • Flat Pelangi Damansara
  • Seri Baiduri Apartment, Setia Alam
  • Amara Residensi, Batu Caves
  • PV2 Condominium, Taman Melati
  • Pangsapuri Jati Selatan Kg Baru
  • PPR Kg Baru Air Panas
  • Maxwell Towers, PJ
  • Seasons Garden Residences
  • GenKL Condominium
  • De Bayu Apartment, Setia Alam
  • PV13 Condominium
  • Prima Bayu Apartment, Klang
  • Prima Midah Heights Apartment
  • BSP21 Condominium
  • Subang Perdana Apartment
  • Seri Intan Apartment, Setia Alam
  • H20 Residences, Ara Damansara
  • Gembira Residen, Taman Gembira
  • Menara Simfoni Service Apartment
  • Pelangi Utama Damansara
  • Palazio Serviced Apartment, JB
  • Seri Borneo Condominium, Kota Kinabalu

 

Tapi Maduners tak perlu risau kerana kebanyakan permis-permis ini telah membuat langkah-langkah keselamatan seperti proses sanitasi dan garis panduan SOP yang bagus.

 

Sekali lagi Madu ingatkan, kalau tiada urusan penting seeloknya Maduners berada di rumah sahaja bagi mengelakkan risiko dijangkiti virus ini. Bagi sesiapa yang sudah menjalani ujian Covid-19 pula pastikan Maduners kuarantin di rumah!

~Stay Safe Maduners!~

Post a Comment