Hayun Biawak Seperti Helikopter, Netizen ‘Backup’ Pengawal Keselamatan – Manis Madu
Hayun Biawak Seperti Helikopter, Netizen ‘Backup’ Pengawal Keselamatan

Hayun Biawak Seperti Helikopter, Netizen ‘Backup’ Pengawal Keselamatan

Haiwan merupakan makhluk yang juga perlu dilindungi dan disayangi. Kekejaman terhadap haiwan bukan perkara baru berlaku. Selalu juga kita dengar melalui video-video tular tentang bagaimana haiwan diperlakukan dengan kejam oleh manusia.

 

Namun, lain pula ceritanya terhadap haiwan yang boleh membahayakan seperti ular, biawak, tikus dan lain-lain. Jika tidak dibunuh, mungkin boleh mendatangkan bahaya kepada kita.

 

Baru-baru ini, tular di laman Twitter sebuah video menunjukkan seorang pengawal keselamatan dikatakan melakukan kekerasan terhadap seekor biawak. 

 

Menurut akaun @DailyExpress_MY, tindakan pengawal keselamatan yang menghayun biawak itu seperti ‘helicopter swing’ dan melemparnya ke jalan adalah tindakan yang kurang sesuai.

Dia juga turut mempersoalkan, adakah perkara itu perlu dan turut menyatakan beberapa kesan buruk yang mungkin terjadi kepada biawak tersebut seperti dilanggar kereta.

 

Perkara ini mendapat perhatian warganet dan rata-rata daripada mereka kurang bersetuju dengan kenyataan akaun tersebut memandangkan pengawal keselamatan itu berdepan dengan seekor biawak, bukan kucing!

 

“Sesiapa yang kata ini adalah keganasan, biawak adalah:

 

  1. Mereka memiliki kulit yang tebal, bertahan hidup sejak zaman dinosaur. Mereka lebih kurang dinosaur sama seperti buaya. Reptilia!
  2. Tindakan menghayun itu adalah keperluan untuk memastikan biawak itu tidak gigit pengawal keselamatan tersebut, dia boleh hilang jari atau anggota badan. Biawak juga berbisa,” komen salah seorang netizen.

 

“Ya, menghayun seperti helikopter itu perlu untuk keselamatannya. Daya empar daripada hayunan itu menghalang cicak daripada berpaling ke belakang dan menggigit. Yang penting kedua-duanya selamat dalam kejadian ini. Itulah yang terbaik dia boleh lakukan tanpa peralatan dan orang yang lengkap,” tambah seorang netizen lain.

 

Betul juga apa yang netizen komen! Bila berdepan dengan haiwan yang berbahaya dan berbisa, keselamatan kita perlu diberi keutamaan.

Post a Comment