Hebat! Wanita Suri Rumah Jana RM1,000 Sehari Jual Lemang Periuk Kera – Manis Madu
Suri Rumah Jana Pendapatan

Hebat! Wanita Suri Rumah Jana RM1,000 Sehari Jual Lemang Periuk Kera

Nazatul Azrin Osman,41, yang menetap di kampung Tok Paduka, Kangar ini pada mulanya merupakan seorang penjawat awam pada tahun 2012 dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja bagi menumpukan perhatian kepada keluarga.

 

Wanita hebat ini mampu menjana RM1000 sehari dengan menjual lemang periuk kera yang diusahakannya sendiri walaupun perniagaan yang dijalankan hanya secara kecil-kecilan sahaja.

 

Menurut laporan Bernama, pengusahaan yang telah dijalankan sejak enam tahun lalu ini sentiasa mendapat sambutan sehingga membuatkan Nazatul tidak menang tangan berikutan tempahan yang diterima sejak awal Ramadan.

 

“Saya jual lemang periuk kera dengan harga RM30 untuk sekilogram dan berjaya siapkan 30 hingga 40 kilogram bersamaan 600 ke 640 unit sehari”. – Kata Nazatul

 

“Dalam masa dua minggu awal Ramadan saya berjaya jual hampir satu tan lemang periuk kera yang dijual secara’cash on delivery’ (COD)”

 

Menurut Nazatul, lemang periuk kera sememangnya menjadi tarikan baharu di negerinya kerana lemang periuk kera ini sukar diperoleh jika dibandingkan lemang buluh dan ketupat palas.

 

Nazatul juga terdetik rasa bimbang apabila memikirkan sumber periuk kera yang agak terhad dan bekalan yang diperoleh daripada Orang Asli di Pahang agak sukar berikutan musim pandemik.

 

Namun, wanita ini tetap cuba untuk memenuhi permintaan pelanggan-pelanggannya yang tidak dapat pulang beraya disebabkan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

 

Sebelum PKP pertama diisytihar, Nazatul juga pernah membekalkan beberapa lemang periuk kera segar ke beberapa kawasan terdekat di utara seperti Langkawi, Alor Setar, Sungai Petani dan Butterworth Pulau Pinang.

 

Idea untuk mengusahakan lemang periuk kera ini tercetus apabila dia menziarahi saudaranya di Pahang pada tahun 2014 sekali gus untuk tujuan membantu suami menjana ekonomi keluarga.

Post a Comment