‘Hikmah Berkurung’, Para Ibu Manfaatkan Masa Ajar Anak ‘Potty Training’ – Manis Madu
‘Hikmah Berkurung’, Para Ibu Manfaatkan Masa Ajar Anak ‘Potty Training’

‘Hikmah Berkurung’, Para Ibu Manfaatkan Masa Ajar Anak ‘Potty Training’

‘Potty training’ atau latihan ke tandas adalah salah satu fasa peralihan yang amat penting buat anak kecil. 

 

Dikatakan dalam masa 3 hari sahaja, ibu bapa boleh berjaya mengajar anak mereka ke tandas namun ramai juga ibu bapa yang mengambil masa berminggu-minggu sebelum anak mereka dapat melakukannya.

 

Alang-alang para ibu sekarang berada di rumah, inilah masa yang sesuai untuk melatih anak-anak ‘potty train’. 

 

Seorang pengguna Twitter yang juga seorang ibu ada berkongsi antara tandas ‘training’ yang boleh dibeli untuk memudahkan lagi proses melatih anak-anak.

Menurut wanita berkenaan, dia mengelak untuk membeli tandas ‘training’ yang murah kerana berdasarkan review yang dibaca, kebanyakannya akan mengalami masalah seperti melecet apabila anak duduk serta material yang kurang kukuh.

 

Madu sertakan link Shopee yang dikongsi dalam thread berkenaan di bawah ini ya!

 

Shopee: 🔥NEW🔥Kids Foldable Soft-Padded Cushion Toilet Training Seat With Anti-Slip Step Ladder | Potty Urinal stool training | Shopee Malaysia

 

Shopee: Toilet Training Ladder Chair Foldable Upgraded with Cushion Seat Anti Slip | Shopee Malaysia

 

Menjengah ke ruangan komen, ramai juga para ibu lainnya berkongsi melakukan aktiviti yang sama dalam tempoh berkurung ini.

 

Rata-rata bersetuju dengan keberkesanan penggunaan tandas ‘training’ dalam melatih anak-anak bebas lampin.

SS_1_Start dari 1 June haritu terus ajar anak potty train

Start dari 1 June haritu terus ajar anak potty train. Alhamdulillah dalam masa seminggu dah free diapers tidur malam pun bangun sendiri gi toilet,”

 

Terdapat juga komen yang mengatakan tandas ‘training’ ini lebih mudah kerana tidak perlu membersihkan najis di dalam tandas tersebut selepas digunakan.

SS_2_tandas ‘training’ ini lebih mudah

Maduners boleh membuat pilihan bijak dengan membandingkan harga, melihat review terlebih dahulu serta mengetahui material apa yang digunakan untuk alat tersebut.

Post a Comment