Himpunan Hartal Doktor Kontrak Tetap Diadakan, Desak 3 Tuntutan Daripada Kerajaan
Lebih 30 doktor kontrak di Hospital Sultanah Aminah (HSA), di sini, menyertai perarakan mogok secara aman bermula jam 11.10 pagi hari ini. Kira-kira 20 doktor kontrak yang memakai pakaian hitam berarak secara aman di bahagian lobi hospital itu.
Menurut laporan, mereka kemudian disertai lebih ramai doktor kontrak sebelum berjalan sejauh kira-kira tiga kilometer (km) mengelilingi hospital berkenaan.
Kira-kira 20 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) juga dilihat membuat kawalan di perkarangan lobi sejak jam 10 pagi.
Just in: The contract doctors at the MAEPS #Covid19 Quarantine Centre will not proceed with their planned walk-out. A representative claims they were threatened with police arrest #HartalDoktorKontrak pic.twitter.com/cDIqYFYk90
— 🏴 Daniel ‘St. Pinkie’ Anthony (@StPinkie) July 26, 2021
Jurucakap doktor kontrak berkenaan yang enggan dikenali berkata, kesemua doktor yang menyertai perarakan mogok aman itu berada dalam waktu rehat dan tidak menjejaskan tugasan hakiki di hospital itu.
“Kami akan menyambung kembali tugasan selepas waktu rehat kami tamat nanti.
“Terdapat kira-kira 100 doktor kontrak di HSA, namun bukan semuanya menyertai perarakan mogok ini kerana sebahagiannya perlu bertugas dan mengutamakan tanggungjawab lebih penting.
“Tiada kenyataan lain akan dikeluarkan kerana tujuan perarakan mogok ini sudah diketahui umum,” katanya sebelum bersurai dari perarakan itu.
All I know, now, is that my future health is in good hands.
They did it professionally & elegantly. Not intimidated by those “threats”. Never did they leave patients and patient care. Shame on those who think they would. Pictures from Hospital Putrajaya.#hartaldoktorkontrak pic.twitter.com/cNjhldokDs
— Dr. Rafidah Abdullah (@rafidah72) July 26, 2021
Almost 50 junior doctors are gathering at HKL for #HartalDoktorKontrak pic.twitter.com/i7xX7bX2qx
— Elill (@Elill_E) July 26, 2021
Malam tadi, Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah merayu supaya doktor kontrak di seluruh negara tidak meneruskan hasrat itu.
Dr Noor Hisham meminta supaya doktor kontrak tidak mengabaikan pesakit dengan melakukan mogok yang boleh menjejaskan ratusan nyawa serta kerjaya mereka sendiri.
Jumaat lalu, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan kerajaan bersetuju melanjutkan pelantikan secara kontrak pegawai perubatan dan pegawai pergigian untuk tempoh maksimum empat tahun ke atas.
Memetik kenyataan Perdana Menteri, ini termasuk mereka yang diterima bekerja mengikut pengajian kepakaran dalam tempoh dua tahun pertama kontrak masing-masing.
Bagaimanapun, kumpulan doktor kontrak tetap mahu meneruskan gerakan Hartal Doktor Kontrak kerana bertegas dengan tuntutannya, iaitu jaminan pelantikan tetap bagi doktor kontrak dan baharu, hak gaji serta kebajikan sama rata dengan doktor tetap, termasuk cuti dan faedah.
Peaceful protest.. sop were followed, no crowd in one place. #HartalDoktorKontrak kajang pic.twitter.com/yp90pgJOMj
— Wan Aminuddin (@Urra901109) July 26, 2021
Gerakan Hartal Doktor Kontrak merancang untuk keluar beramai-ramai daripada fasiliti kesihatan masing-masing, tempat mereka bekerja jam 11 pagi hari ini sebagai tanda bantahan.
Mogok doktor kontrak, yang dianggarkan berjumlah 23,000 individu, mencetus kebimbangan berikutan jumlah pesakit Covid-19, khususnya yang berada dalam situasi kritikal, melonjak tinggi ketika ini, dengan kapasiti hospital di seluruh negara berada di tahap kemuncak.
Penularan pandemik itu sejak lebih setahun lalu menyebabkan petugas barisan hadapan keletihan, manakala lonjakan jumlah pesakit menyebabkan jumlah petugas tidak mencukupi, sekali gus mogok itu dikhuatiri melumpuhkan sistem kesihatan awam negara.