Ibu Sanggup Berpanas Pakai Kostum Demi Buat Kejutan Di Hari Istimewa Anak
Dek kerana angka kes mencatatkan peningkatan beberapa bulan lalu menyaksikan pelbagai kawalan ketat dilakukan hampir di seluruh negara.
Sebelum kelonggaran diberikan, ramai individu yang hanya memendam rasa rindu terhadap keluarga di kampung atau rakan-rakan yang sudah lama tidak berjumpa.
Baru-baru ini, tular di laman TikTok tentang seorang ibu yang membuat kejutan sempena hari lahir anak-anaknya.
@eifaofficial88Setelah sekian lama tak jumpa anak anak..rindu sungguh2😭😭 ##suprisemaskot ##suprisebirthday ##esekali ##tiktokfypシ ##tiktokmalaysia🇲🇾♬ original sound – Ana Syahira – Anna
Difahamkan, wanita tersebut sudah sekian lama tidak dapat pulang ke kampung untuk berjumpa dengan anak-anaknya.
“Anak-anak memang di kampung, selalunya mama akan balik sebulan sekali tapi kami terpisah lama sebab PKP,” luahnya dalam video tersebut.
Pada awalnya, wanita yang dikenali sebagai Eifa ini dilihat dengan ceria mengenakan kostum maskot sebelum berjalan ke majlis anaknya untuk membuat kejutan.
Momen mengharukan bermula apabila Eifa membuka kostum dan menunjukkan dirinya yang sebenar kemudian Eifa serta kedua anaknya dilihat menangis teresak-esak dan saling berpelukan melepaskan rindu antara satu sama lain.
@eifaofficial88auto sedih 😭😭 mama berkorban pakai mascot panas2 semata2 nak suprisekan anak🥺 #suprisebirthday #tiktokfypシ #tiktokmalaysia🇲🇾♬ original sound – eifaofficial88
“Anak berharap hari jadinya mama akan balik, tapi dia tahu mama tak mungkin balik kerana kes Covid-19 masih tinggi,”
Eifa juga menjelaskan harapan anaknya agar dia ada bersama-sama ketika majlis hari lahirnya namun sedar harapan itu tidak mungkin terjadi kerana kes Covid-19 masih belum reda.
@eifaofficial88buat semua ni untuk gembirakan anak..#birthdaygirl #tiktokmalaysia🇲🇾 #suprisebirthday #maskotastiktok #buatjewtiktok♬ suara asli – Prabu Pranata
Namun, ibu hebat ini berjaya balik ke kampung dengan baik.
Meninjau ke ruangan komen, warganet turut meluahkan rasa terharu melihat pertemuan semula antara ibu dan anak ini.
Tidak kurang juga yang turut berkongsi situasi mereka yang sudah lama tidak dapat berjumpa keluarga kerana ‘virus jahat’ ini.